Sunday, April 12, 2009

Politik Semasa

Setelah selesai perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, kita menyaksikan Y.B Khairy melalui politik wang telah menang jawatan Ketua Pemuda UMNO mengalahkan Dato' Mukriz dan Dato' Seri Khir. Umum tahu bahawa kemenangan beliau adalah melalui rasuah wang dan proses intimidasi. Ura-ura mengatakan bahawa pada hari pengiraan undi, setelah selesai pengiraan, para wartawan yang hadir telah berbisik-bisik bahawa Dato' Mukriz telah menang. Ini menyebabkan Khairy meminta pengiraan semula dan untuk kedua kalinya Dato' Mukriz menang lagi. Sesuatu telah berlaku selepai itu dimana sekali lagi pengiraan dilakukan dan Khairy pula diistihar menang.

Ramai yang tidak berpuas hati. Pabila keputusan diumumkan, bukan sahaja jeritan 'KJ' dilaungkan oleh kuncu-kuncunya malah di 'BOO' dan di susuli dengan 'PERASUAH' oleh ahli-ahli yang lain. Ini boleh dilihat sekali lagi di masa hari penutupan apabila presiden UMNO yang baru Dato' Seri Najib menyebut nama Khairy, sekali lagi di 'BOO' berkali-kali. Kemenangan Khairy telah mencemarkan lagi imej UMNO yang sedang mencuba untuk memulihkan keyakinan rakyat.

Tetapi ramai yang bernafas lega pabila Perdana Menteri kita yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan kabinetnya dimana nama Khairy tidak tersenarai. Khairy adalah umpama sisa toksik yang mengugat.

Saya sebenarnya gembira dimana Barisan Nasional telah kalah di pilihanraya Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Ini adalah kerana jika BN menang, mungkin perangai lama akan menyusul dimana BN akan berada di takuk lama dan tidak ada perubahan terutama UMNO. Dengan kekalahan BN, pemimpin-pemimpin BN akan bangkit dan melakukan perubahan drastik dan menghapuskan amalan-amalan lama.

Dibawah Dato' Seri Abdullah, BN telah rosak teruk terutama UMNO. Sekarang ini, UMNO di bawah Dato' Seri Najib harus menghapuskan pengaruh 'TRINITY OF POWER' iaitu PakLah, anaknya dan KJ. Mereka ini telah menjahanamkan negara demi kemaruk kuasa dan harta. Moga Dato' Seri Najib berjaya meyakinkan kembali keyakinan rakyat pada UMNO dan BN.

Langkah pertama sudah bermula dan ia cukup menyakinkan.

Assalamualaikum...

Sudah lama rasanya saya tidak menulis. Bukannya saya ditimpa kemalangan tetapi masalah peribadi yang melanda memerlukan saya memberi sepenuh perhatian untuk menyelesaikannya.

Kini hampir separuh telah selesai dan sudah ada kelapangan. Alhamdulillah..

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.