8 July
1.Isu Kampung Buah Pala
KUALA LUMPUR 6 Julai – Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu menyelesaikan sendiri masalah pengambilalihan tanah di Kampung Buah Pala tanpa perlu campur tangan orang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hal ehwal tanah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat tidak boleh mencampuri urusan itu.
“Mereka perlu menyelesaikan masalah itu sendiri tanpa campur tangan orang lain dan sekarang isu tersebut dilihat sukar untuk diselesaikan,” katanya.
Satu tindakan yang bijaksana dari Perdana Menteri. Ini adalah masalah kerajaan negeri yang ketika ini dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Jika Kerajaan pusat dikehendaki menyelesaikan kesemua isu berkait dengan masalah kerajaan negeri, ini akan membebankan dan memakan kos yang tinggi buat kerajaan pusat.
Satu lagi, nampak gayanya kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dilihat tidak berkemampuan untuk menyelesaikan kemelut ini. Mereka hanya tahu 'bercakap' dan hanya 'bercakap' sahaja.
2.Gaji Minimum 4 Sektor Ditetapkan
BANGI 6 Julai – Kerajaan telah membuat ketetapan mengenai gaji minimum bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor hospitaliti, tekstil, elektronik dan keselamatan yang akan diumumkan tidak lama lagi, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam hari ini.
Sempena pelaksanaan pelarasan gaji sembilan peratus sebelum ini, kira-kira 30,000 penoreh getah, pekerja ladang dan pekerja am di seluruh negara dilaporkan telah menikmati gaji minimum antara RM500 dengan RM600 sebulan berbanding RM450 sebelumnya.
Satu langkah yang bijak dari kerajaan pusat. Nasib pekerja kian terbela. Lebih-lebih lagi pekerja rakyat tempatan. Gaji yang diberikan oleh majikan kepada pekerja-pekerja rakyat tempatan tidak memadai. Dengan langkah terbaru oleh kerajaan pusat ini, nasib pekerja tempatan kian terbela. Tetapi perlu dilaksanakan dengan teliti supaya pekerja asing tidak mengambil kesempatan atas dasar baru kerajaan ini.
3. Kerajaan perpaduan telah 'berkubur' - Nik Aziz
KUALA KRAI 6 Julai - Pas tidak akan menyebut lagi mengenai cadangan kerajaan perpaduan kerana ia disifatkan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai telah berkubur.
Beliau berkata, ruang untuk Pas dan UMNO berbincang mengenai isu tersebut sudah tertutup kerana Pas telah mencapai perpaduan melalui pakatan pembangkang.
"Isu (kerajaan) perpaduan kami dah tanam, dah berkubur. Pakatan adalah lebih melambangkan perpaduan, lebih daripada maksud perpaduan iaitu ia terdiri daripada berbilang kaum.
"Melayu buat apa? Tak usahlah timbul isu perpaduan itu lagi kerana kami dah baca talkin, jadi apa masalahnya,'' katanya.
Bak kata mantan perdana meteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir, MELAYU MUDAH LUPA!
Baca Talkin? Astagfirullahalhazim.....
Tuesday, July 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Greetings & Selamat datang
Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
No comments:
Post a Comment