Sunday, July 27, 2008

Pentadbiran Dunia Baru (New World Order)

Anda pasti pernah mendengar akan pergerakan ini. Desas desus ini adalah benar. Ia wujud dan ia amat menggerunkan. Pergerakan ini adalah merupakan satu pertubuhan rahsia yang wujud di dunia barat. Tujuan utamanya ialah untuk menguasai dunia. Ia bukan berbentuk sebuah negara atau negeri tetapi ia merangkumi pergerakan manusia yang berpengaruh dan mempunyai kuasa untuk mempengaruhi negara-negara kuasa besar dunia untuk melakukan apa jua yang mereka kehendaki. Antara insiden-insiden yang kita boleh lihat yang berpunca dari pergerakan ini ialah doktrin penukaran rejim (Rejime Change).

Apa itu penukaran rejim? Seperti yang semua maklum maksudnya ialah menukar pujuk pimpinan sesebuah negara. Tidak kira kepimpinan itu adalah demokratik ataupun totalrian. Selalunya kisah atau laungan penukaran rejim ini disangkut paut dengan keamanan dunia. Samada regional ataupun global. Tetapi ini bukanlah niat sebenar. Niat sebenar ialah untuk menukar kepimpinan sesebuah negara untuk memudahkan mereka untuk mengaut keuntungan untuk mereka yakni pergerakan ini. Antara insiden yang kita boleh lihat yang didalangi pergerakan ini adalah Iraq dan Afganistan.

Selepas tsunami propaganda, peperangan, kematian ratusan ribu manusia, kini, kebenaran tentang sebab utama perang ini bermula sudah mula kelihatan jelas.

Empat buah syarikat minyak utama dunia, Exxon,Mobil,Shell,BP dan Total dikatakan akan menandatangani kontrak tidak dibida dengan kepimpinan boneka U.S di Iraq untuk mengekploitasi minyak di bumi Iraq. Presiden Iraq Saddam Hussein telah menendang keluar syarikat-syarikat ini hampir tiga dekad yang lalu apabila beliau membuat keputusan untuk men'nasionalkan hasil minyak Iraq untuk tujuan pembangunan negara Iraq sendiri. Sama seperti Malaysia melalui Petronas. Sekarang, proses penukaran rejim telah memutar balik jam waktu. Pemilik-pemilik syarikat-syarikat ini yang akan memiliki hasil bumi di Iraq.

Manakala di Afganistan pula, sumber-sumber dari negara Pakistan dan India mengatakan, kerajaan boneka U.S di Afganistan telah menandatangani kontrak yang sudah sekian lama terpinggir untuk membina rangkaian paip sepanjang 1680 km yang berjumlah AS8 billion. Rangkaian paip ini yang bermula dari Turmenistan merentasi Afganistan dan seterusnya ke Pakistan dan India. Rangkaian paip ini digelar TAPI (Turmenistan-Afganistan-Pakistan-India). Bila ia sudah siap, ia akan membawa gas asli dan minyak mentah dari lautan Caspian (Caspian Basin) terus ke persisiran pantai Pakistan dimana kapal-kapal tangki milik barat akan berlabuh dan mengangkut gas dan minyak mentah ini ke barat. Ini adalah motif sebenar kenapa Afganistan diserang. Tanpa Afganistan, rangkaian paip ini tidak boleh dibina.

Pada tahun 1998, pergerakan anti komunis Afganistan yang mashur dikenali sebagai puak Taliban, bersama dengan sebuah konsortium Amerika bernama UNOCAL telah menandatangani perjanjian untuk membina rangkaian paip ini. UNOCAL telah mengeluarkan belanja yang banyak untuk mempromosi Taliban hingga mashur dikenali dunia. UNOCAL juga telah melantik seorang wakil iaitu rakyat Afganistan sendiri sebagai wakil mereka. Orang itu adalah tak lain tak bukan Hamid Karzai. Presiden Afganistan pada waktu ini. Kebetulan?

Selepas itu, muncul Osama bin Laden. Osama menasihatkan kepimpinan Taliban untuk menolak UNOCAL dan berjaya. Osama juga membrokerkan satu perjanjian yang lebih baik untuk projek rangkaian paip ini dengan sebuah syarikat dari Argentina iaitu Bridas. Pihak Amerika mengamuk dan ugut kepimpinan Taliban. Amerika ugut untuk menyerang Afganistan. Dalam pasca trajedi 9/11, orang-orang neo-konsevertif di Washington telah membuat keputusan untuk menjajah Afganistan dan melakukan penukaran rejim supaya dapat meletakkan sebuah kerajaan boneka yang akan memberi lampu hijau bagi mereka untuk membina rangkaian paip TAPI.

Sekarang sudah nampak jelas siapa mereka sebenarnya. Mereka ini adalah merupakan pemilik syarikat-syarikat konsortium besar dunia. Ia adalah untuk mengawal dan memiliki sumber-sumber tenaga dunia. Mereka ini tidak akan menghiraukan berapa orang mati dibunuh atau mati kebuluran. Pada mereka ia hanyalah angka digit. Doktrin mereka juga, lagi kurang manusia di dunia bermakna akan lebih untung pada mereka. Mereka ini adalah waris-waris golongan bangsawan barat yang satu ketika dahulu menghamba-abdikan manusia. Mereka adalah golongan supremist yang kekal hingga kini. Dan itulah motif sebenar Pentadbiran Dunia Baru (NWO). Menghamba-abdikan manusia-manusia dunia ketiga untuk memperhambakan diri pada mereka.

Persoalannya, adakah pergerakan ini sudah mewujudkan diri di bumi Malaysia ini? Desas-desus mengatakan mereka pernah mencuba tetapi gagal. Selama dua dekad mereka mencuba dan menemui jalan kegagalan kerana kepintaran pemimpin kita yang bijak mengatur langkah. Negara jiran kita, Indonesia, sudahpun tumpas secara senyap. Semua sedia maklum bahawa hasil bumi di Indonesia adalah lebih besar dari Malaysia. Tetapi kenapa mereka macam mundur dan ramai diambang kemiskinan? Berbalik pada Malaysia, saya rasa semua boleh rasa macam sesuatu tak kena. Banyak sangat perkara yang kebetulan berlaku sejak-menjak ini yang bercanggah dengan gaya kehidupan kita semua. Benda-benda yang tak dapat dilihat dua-tiga dekad dahulu sekarang menjadi-jadi di Malaysia. Siapa sebenarnya di belakang kesemua kejadian-kejadian ini? Tepuk dada tanya selera.

Oh ya, sekarang barat sedang hebat memukul canang tentang persenjataan nuklear Iran. Betul ke ia sebab Nuklear? Atau ia adalah disebabkan rangkaian paip gas dan minyak yang akan dibina pada tahun depan? Rangkaian paip Iran-Pakistan-India-China yang merupakan saingan utama TAPI? Negara China memperolehi sumber tenaga berterusan dari timur tengah? NWO tidak akan membenarkan China untuk mengawal dan memperolehi bekalan tenaga berterusan. Itu sudah pasti.

Sumber: Antiwar,Truthdig dan Counterpunch.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.