KUALA LUMPUR 27 Julai – Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menahan tiga pemilik bengkel kereta di Kuala Terengganu bagi membantu siasatan kes penyenggaraan 14 buah Proton Perdana V6 Executive Exco Kerajaan Terengganu berjumlah RM1.07 juta dalam tempoh empat tahun.
Salah seorang yang ditahan itu dipercayai pemilik bengkel yang mengenakan caj RM175,229.97 bagi menyenggara sebuah kereta Perdana V6 yang digunakan oleh seorang Exco Terengganu.
Seperti yang saya katakan dalam artikel 'Puck Shots' sebelum ini. Tidak masak akal bahawa kos menyenggelara Benz adalah lebih murah dari Perdana! Sebuah kereta Perdana V6 kos menyenggelaranya berharga RM175,229.97 setahun? Kalau kereta diselenggara tiap-tiap 2 bulan katakan, sekali servis, harganya adalah lebih kurang RM800. Jadi RM800 x 12 bulan baru RM9,600.00. Dan diambil kira pula menukar 'timing belt' setahun sekali, juga harganya tak jauh lari diantara RM650.00-RM750.00 dan tayar 16" x 4 dengan harga RM300.00 sebuah, jumlahnya RM1200.00, jadi jumlah keseluruhan RM9,600+RM700(ambil terdekat)+RM1200 jumlah keseluruhan RM11,500.00 setahun. Mungkin harga yang saya sebut boleh lari tetapi saya yakin tak lari banyak. Paling kuat RM15,000.00 setahun.
Kerajaan Terengganu yang baru ini cuba menipu rakyat dengan memberi alasan yang cukup tidak munasabah. Dan hari ini dah terbukti semua kos penyenggelaraan yang diberi adalah salah malah kerajaan sebelumnya ditipu. Ya ke kena tipu? Semua sedia maklum bahawa budaya ini sebenarnya berlaku dimana-mana. Bila kena dengan badan kerajaan ataupun syarikat swasta, harga yang dicas semestinya akan berlainan dengan harga cas persendirian. Semua orang tahu. Tetapi lebih dari 10 kali ganda? Bukan bengkel sahaja yang untung. Ada orang lain untung juga.
Nota: Benz sudah dibeli dan RM3 juta duit rakyat sudahpun dibelanjakan.
Monday, July 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Greetings & Selamat datang
Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
No comments:
Post a Comment