Seperti diduga, Singapura akan bertindak untuk menuntut zon eksklusif perdagangan 14km di sekitar pulau batu putih yang sekarang ini milik mereka. Kemenangan yang di berikan kepada Singapura oleh makamah antarabangsa (ICJ) adalah kemenangan strategik bagi Singapura. Dari awal lagi mereka sudah berazam dan bertekad untuk memiliki pulau itu dan sanggup berbuat apa saja supaya hasrat mereka tercapai. Mengeluarkan wang belanja berjuta dollar tidak menjadi halangan bagi mereka. Mereka mengupah peguam antarabangsa bertaraf professor kehormat yang juga merupakan penasihat kepada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam perihal perundangan antarabangsa. Malaysia, bagaimanapun, boleh dilihat mengambil langkah sambil lewa dalam hal ini. Ya betul, Malaysia juga ada berusaha tapi tidak sampai ke tahap yang dikehendaki. Malaysia sebenarnya sudah tewas pada hari perbicaraan dimulakan. Sikap pemimpin kita yang takbur, menyangkakan kita mempunyai kes yang kuat, berdasarkan faktor geografi, kita telah terlepas pandang atas kewujudan dokumen-dokumen sejarah penting yang telah memudaratkan kes kita. Hasilnya, kita tewas. Maruah negara tercemar.
Kedudukan pulau batu putih adalah amat strategik. Ia membolehkan Singapura membuat penglebaran tanah (Land Reclaimation) dari tanah besar Singapura hingga ke kawasan pengairan pulau batu putih. Ini tidak akan dilakukan sekarang tetapi akan dilakukan secara berperingkat. Harus ingat bahawa Singapura adalah sebuah pulau yang bersaiz kecil. Singapura tidak mempunyai ruang untuk membesar kerana faktor geografinya yang terhad. Singapura memerlukan pulau batu putih yang amat strategik supaya penglebaran keluasan tanahnya dapat dilakukan. Ia juga satu langkah supaya menghalang pemodenan dan pembangunan untuk Malaysia. Dengan memiliki pulau batu putih, jalan air untuk Malaysia juga mengecil. Hasrat Malaysia untuk merobohkan tambak johor dan menggantikannya dengan jambatan baru supaya kapal dagang dapat melalui selat tebrau, menggunakan perlabuhan Tanjung Pelepas dan seterusnya membangunkan pelabuhan Pasir Gudang, akan gagal sama sekali. Ini adalah kerugian yang amat besar buat Malaysia.
Sekarang ini kita sudah dapat melihat Singapura sudah menunjukkan belangnya. Seperti yang saya katakan, ia sudah diduga. Mereka sudah mula menuntut hak yang diberikan pada mereka. Bagi kita Malaysia, apa yang boleh kita buat? Berunding? Berunding untuk pasir? Tanah atau wilayah pembangunan di Malaysia? Air? Singapura pernah meminta macam-macam dari Malaysia. Ini sudah diketahui umum. Dengan memiliki pulau batu putih, maruah negara tercemar, mereka mungkin akan menggunakan isu pulau batu putih untuk meminta macam-macam lagi dari kita.
Kita harus bersatu dan menidakkan kemaraan Singapura yang bagai singa kelaparan menunggu masa hendak membaham mangsanya. Kita harus berwaspada dan bijak bertindak. Perang bukanlah jawapannya tetapi menggunakan akal untuk menyekat kerakusan mereka.
Sunday, July 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Greetings & Selamat datang
Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.

No comments:
Post a Comment