Friday, September 5, 2008

Antara Tradisi dan Kebebasan Individu

Saya masih tidak faham dimana dalam dunia yang serba moden dan terbuka ini, masih ada wujud perkahwinan terancang. Memang betul adalah penting untuk kita mengekalkan tradisi yakni adat istiadat dan cara hidup kita orang timur.

Tetapi tidakkah orang kita sudah lebih terbuka tentang kebebasan seseorang individu? Tidakkah penting akan kebahagian seseorang? Merancang perkahwinan seseorang bukan sahaja tidak boleh diterima pakai malah kolot sama sekali.

Seseorang individu berhak untuk memilih pasangan hidupnya. Berkahwin atas dasar cinta-mencintai. Tidakkah ini dituntut oleh agama? Memaksa seseorang berkahwin dimana tiada perasaan cinta adalah salah. Merancang perkahwinan tanpa restu dan persetujuan pihak yang berkenaan juga salah.

Tetapi dalam masyarakat kita yang kuat berpegang pada tradisi dan ikatan kekeluargaan, banyak menerimanya dalam bentuk bantahan senyap. Tidak mahu mengecilkan hati orang tua mereka. Banyak yang hidup dalam keadaan jiwa tertekan tanpa cinta di hati.

Tidakkah mereka risau bahawa nanti akan berlaku cerai-berai? Boleh merancang dan memaksa tetapi kemudian bercerai? Ini caranya?

Walaubagaimanapun, sesiapa yang didalam keadaan ini, ia adalah dilema yang umpama tiada kesudahan. Bak pepatah melayu, Ditelan mati mak Diluah mati bapak. Berserah pada takdir ilahi moga yang esa membuka hati orang tua yang cuba merancang dan memaksa anak masing-masing. Fikirkanlah kebahagian anak masing-masing dan jangan memikirkan tentang diri sendiri.

Fakta: Syarat Perkahwinan Menurut Islam

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Syarat bakal suami
1. Islam
2. Lelaki yang tertentu
3. Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
4. Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
6. Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
7. Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
8. Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

Syarat bakal isteri
1. Islam
2. Perempuan yang tertentu
3. Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
4. Bukan seorang khunsa
5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
6. Tidak dalam idah
7. Bukan isteri orang

Sebaiknya bakal isteri perlulah menyetujui perkahwinannya dengan bakal suami agar tidak timbul sebarang masalah selepas menjalani kehidupan sebagai suami isteri.Ini juga bertujuan untuk menjaga hak asasi kaum wanita itu sendiri.Sebab itu juga,sebelum akad nikah(lafaz ijab qabul berlangsung antara Wali/wakil Wali).Wali/wakil Wali perlu mendapatkan pengesahan/kepastian sebenar dari bakal isteri/wanita yang hendak dikahwinkan tentang status kerelaannya untuk disatukan.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.