1. SMS Terdesak
Beberapa SMS telah banyak disebarkan sejak minggu lalu tentang rancangan PKR untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini. Antaranya ialah countdown tentang pergerakan lompat parti sehingga upacara angkat sumpah Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada tarikh berkenaan. Risalah dan akhbar terbitan PKR juga turut melaporkan perkara yang sama. Akhbar PKR sanggup menyiarkan berita palsu kononnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan lumpuh.
Tetapi setakat ini, tiada apa pun berlaku. Anwar makin tertekan terhadap peluang kian tertutup untuk membentuk kerajaan pada 16 September. Tindakan Anwar dan penyokong-penyokongnya seperti sudah terdesak. Gerakan PKR untuk menuju puncak kuasa sudah menjadi riak semata-mata.
2. Orang Cina Adalah Menumpang
Datuk Abdul Rashid Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina hanyalah ‘menumpang’ di negara ini dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum bumiputera. Beliau enggan meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap 'rasis' oleh kaum cina.
Dengan keadaan semasa dimana hak-hak melayu dipertikaikan, saya bersetuju dengan pendirian beliau untuk tidak memohon maaf berhubung dakwaan beliau terhadap masyarakat Cina. Kenyatan ‘orang Cina adalah menumpang’ merupakan satu fakta sejarah yang tidak patut diragui mana-mana pihak.
Beliau juga berkata,
'Sepatutnya pemimpin siasat dahulu dan jangan sebab nak jaga hati bangsa lain, maka mereka buat kenyataan yang menyakiti hati orang Melayu'
'Apa salahnya orang Melayu bangun? Kalau kita cakap sekali, riuh se-Malaysia. Jangan ingat orang Melayu lemah'
'Saya nak beri tahu... orang Melayu ini jangan diusik selalu. Ini tidak, sehinggakan kedaulatan raja-raja Melayu juga nak diusik'.
'Saya bercakap mewakili orang Melayu, kalau UMNO tidak mahu (terima) pun tidak apa'.
Ini bukan rasis! tetapi mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputra! Salam hormat buat Datuk Ahmad Ismail! Akhirnya ada pemimpin UMNO bangun bersuara!
3. Blogger Raja Petra terima laporan polis
Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, berhadapan laporan polis yang dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama tiga lagi Agensi Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkenaan beberapa artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Agensi-agensi Islam ini telah memberi perhatian berat terhadap beberapa artikel yang ditulis oleh Raja Petra antaranya yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam, Nabi Muhammad dan umat Islam. Artikel yang ditulis adalah bersikap prejudis dan kelihatan bersuara bagi pihak orang lain yang tidak memahami Islam atau seperti pendekatan biasa media Barat.
Artikel yang ditulis oleh Raja Petra bertajuk 'I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim' dan ulasan-ulasan pada artikel bertajuk 'Not all Arabs are descendants of the Prophet' adalah menghina umat Islam dan Nabi Muhammad.
Raja Petra telah banyak kali 'melangkah garisan merah'. Banyak tulisannya bagai tiada berlapik dan dilihat sebagai menghasut dan menghina. Saya menyokong kebebasan bersuara tetapi ia harus dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan biar panjang akal. Dan jangan sesekali mengkotak-katik isu agama.
Saturday, September 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Greetings & Selamat datang
Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
About Me
Blog Archive
-
▼
2008
(108)
-
▼
September
(33)
- Kata 'TIDAK' pada pencalonan Khairy Jamaludin!
- Anwar Ibrahim: Gila Kuasa. 16 September: Bahan Lawak!
- Pencalonan Ketua Pemuda UMNO
- Dato' Zahid Ibrahim. The 'Attack Dog'.
- Ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- Israelis wanted 'Bunker-buster' bombs to attack Ir...
- War Will Never End in Victory - U.S Military Comma...
- Tindakan Anwar yang Terdesak
- Dato' Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO
- Report: 2025, Declining U.S Dominance and World Up...
- Understanding Men
- Kontrak Sosial - Pengorbanan Orang Melayu/Bumiputra
- Perpaduan Negara Tergugat
- Malay Leaders standing up?
- Learning from History
- Sokong Dato' Mukhriz Mahathir untuk Ketua Pemuda
- Menjelang 16 September - Penubuhan Kerajaan secara...
- Iraq: Independent Country or an American Colony?
- Puck Shots
- Socionomic theory
- Collateral Damage: Casualties of War or Mass Murder?
- Soseh-Soseh
- Antara Tradisi dan Kebebasan Individu
- Melayu dalam dilema
- The Republican Convention
- Bangsa Melayu Rasis?
- Puck Shots
- Dilema pekerja tempatan
- Tanda-tanda Kejatuhan Empayar Amerika?
- Anwar and his Threats of 16th September.
- Brace Yourselfs for Cold War II
- Islamophobia
- Stop the Over Politicking and Threats of Illegitim...
-
▼
September
(33)
No comments:
Post a Comment