Pada Isnin lalu, seramai 49 Ahli Parlimen BN berlepas ke Taiwan bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara itu. Ia disertai Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing, timbalannya, Datuk Bung Mokhtar Radin, dan 10 anggota Parlimen Sabah, 12 anggota Parlimen Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung.
Demi merealisasikan impian membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk ke Taiwan untuk menemui mereka jika mereka mahu berbincang dengan beliau.
Kalau keadaan mendesak, saya akan terbang ke Taipei saya akan berhubung petang ini, kalau mereka mahu jumpa, saya akan menemui mereka dalam kadar yang segera kerana pasport masih di tangan saya, kata Dato' Seri Anwar.
Tindakan Dato' Seri Anwar ini seperti sudah terdesak. Mungkinkah apa yang diimpikan oleh beliau sekarang ini sudah tidak kesampaian? Adakah Dato' Seri Anwar akan gagal merealisasikan impiannya untuk menduduki Putrajaya?
Menurut Anwar, isu 16 September telah dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP dalam beberapa siri pertemuan termasuk perjumpaan dua hari lalu yang memutuskan keperluan untuk berlepas ke Taiwan.
Beliau mengaku bahawa pakatan pembangkang menghadapi masalah teknikal untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini berikutan Ahli-Ahli Parlimen yang didakwa akan melompat parti telah dihantar ke Taiwan.
Dengan ini, boleh disimpulkan bahawa ahli-ahli parlimen yang dikatakan akan melompat parti adalah dikalangan 49 orang yang berada di Taiwan.
Thursday, September 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Greetings & Selamat datang
Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
About Me
Blog Archive
-
▼
2008
(108)
-
▼
September
(33)
- Kata 'TIDAK' pada pencalonan Khairy Jamaludin!
- Anwar Ibrahim: Gila Kuasa. 16 September: Bahan Lawak!
- Pencalonan Ketua Pemuda UMNO
- Dato' Zahid Ibrahim. The 'Attack Dog'.
- Ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- Israelis wanted 'Bunker-buster' bombs to attack Ir...
- War Will Never End in Victory - U.S Military Comma...
- Tindakan Anwar yang Terdesak
- Dato' Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO
- Report: 2025, Declining U.S Dominance and World Up...
- Understanding Men
- Kontrak Sosial - Pengorbanan Orang Melayu/Bumiputra
- Perpaduan Negara Tergugat
- Malay Leaders standing up?
- Learning from History
- Sokong Dato' Mukhriz Mahathir untuk Ketua Pemuda
- Menjelang 16 September - Penubuhan Kerajaan secara...
- Iraq: Independent Country or an American Colony?
- Puck Shots
- Socionomic theory
- Collateral Damage: Casualties of War or Mass Murder?
- Soseh-Soseh
- Antara Tradisi dan Kebebasan Individu
- Melayu dalam dilema
- The Republican Convention
- Bangsa Melayu Rasis?
- Puck Shots
- Dilema pekerja tempatan
- Tanda-tanda Kejatuhan Empayar Amerika?
- Anwar and his Threats of 16th September.
- Brace Yourselfs for Cold War II
- Islamophobia
- Stop the Over Politicking and Threats of Illegitim...
-
▼
September
(33)
No comments:
Post a Comment