Tuesday, September 2, 2008

Tanda-tanda Kejatuhan Empayar Amerika?

Perubahan skop penerbitan kuasa
Di Caucasus, Russia mengetepikan pandangan dan desakan Amerika dengan menghantar tenteranya bagi mengalahkan tentera Georgia, negara bekas Soviet Union yang menjadi sekutu rapat Washington di rantau berkenaan. Amerika telah melatih dan melengkapkan tentera Georgia dengan persenjataan dari Amerika. Tentera Georgia kalah dalam pertempuran 24 jam dengan tentera Russia.

Skop penerbitan kuasa ketenteraan sudah terhad pada Amerika.

Ekonomi yang goyah
Di dalam negara sendiri, ekonomi Amerika menghadapi masalah yang kronik. Kadar inflasi dan pengangguran pada tahap 11.3 peratus pada Julai lalu iaitu tertinggi sejak 16 tahun.

Satu daripada masalah terbesar Amerika, adalah kedudukannya sebagai peminjam dan penanggung hutang terbesar dunia.

Pusat kewangan dan pusat Dana pelaburan bertukar tempat
Pusat kewangan dunia terunggul, bukan lagi bertumpu di New York sebaliknya London. Dana pelaburan terbesar dunia pula diambil alih Abu Dhabi. Sudah berubah skop penerbitan kuasa kewangan dan dana pelaburan di dunia.

Pengaruh Liberal berkurangan
Russia dan China muncul menawarkan model baru dengan menunjukkan bahawa kombinasi di antara autoritarianisme dan pemodenan boleh mencabar demokrasi liberal. Nampaknya gagasan itu diyakini banyak pihak.

Gagasan Ekonomi Baru dan perubahan Geopolitik
Russia dan China adalah anggota negara digelar Kelab BRIC (Brazil, Russia, India dan China). Keempat-empat negara itu adalah pusat perkembangan ekonomi terbesar di dunia ketika ini. BRIC merangkumi 40 peratus populasi dunia, memiliki rizab tukaran wang asing banyak dan memiliki cita-cita geopolitik. BRIC boleh mencabar sekutu negara-negara kaya G8 dibawah pimpinan Amerika.

Kesimpulan
Dalam keadaan semasa, agak sukar untuk meramalkan dengan jelas terhadap hayat penguasaan Amerika. Empayar Rom bertahan lebih 500 tahun, British kira-kira 460 tahun dan Sepanyol kira-kira 400 tahun. Kesilapan dasar ekonomi, kewangan dan dasar luar Amerika menghakis empayar negara itu.

Sejarah memberikan pengajaran terhadap kepentingan mengurus kewangan secara berhati-hati. Dengan perbelanjaan peperangan di Iraq dan Afghanistan melambung melampaui kos keseluruhan Perang Dunia Pertama dan Kedua digabungkan, disamping penukaran penguasaan dana perlaburan dan kewangan, Empayar idaman Amerika bakal menemui jalan kesudahan. Hanya masa yang akan menentukan.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.