Pergolakan hubungan etnik bermula selepas berakhirnya pilihanraya umum ke-12 pada bulan March awal tahun ini yang melihat parti perikatan pemerintah Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi di parlimen di samping kehilangan 5 negeri.
Sememangnya bahang panasnya telah mula dirasai sekarang apabila timbulnya pelbagai tuntutan di kalangan masyarakat bukan Melayu kepada pihak kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional. Persoalan keistimewaan orang Melayu, hal ehwal Islam dan kuasa raja-raja Melayu mula dipertikaikan.
Tuntutan yang menjejaskan hubungan etnik ini dikaitkan dengan kelemahan sokongan yang diperolehi parti pemerintah dalam pilihanraya umum yang lalu sekali gus menyebabkan kepincangan pada kerajaan pemerintah. Kepincangan hubungan etnik ini timbul berasaskan kepada beberapa faktor utama.
Pertama, kehilangan sokongan di pihak parti pemerintah dibawah pimpinan UMNO yang berasaskan perkauman dan bertambah sokongan kepada parti pembangkang yang multietnik. Tarikan pada parti jenis multietnik ini sebenarnya tidaklah sebesar dan sehebat seperti yang diperkatakan. Hakikatnya, kumpulan penyokong multietnik ini sebenarnya hanya minoriti.
Kedua, pergolakan di dalam UMNO. Amalan politik wang dan salah guna kuasa. Keengganan pemimpin tertinggi UMNO memikul tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan Barisan Nasional dengan meletak jawatan secara terhormat. UMNO dipimpin oleh barisan pemimpin yang sudah jelek di mata rakyat.
Ketiga, persaingan menyediakan ganjaran dan memenuhi tuntutan kumpulan minoriti oleh parti Melayu untuk meraih sokongan di kalangan bukan Melayu. Disini parti perikatan Pakatan Rakyat dilihat sebagai juara. Parti PAS (100% Melayu Islam) yang juga merupakan parti komponen Pakatan Rakyat telah sanggup memenuhi tuntutan kumpulan minoriti dengan menggadaikan hak-hak Melayu. Contohnya, anugerah tanah yang amat banyak untuk sekolah persendirian Cina di Perak dan juga tanah tol kepada bukan melayu untuk 999 tahun.
Keempat, didorong oleh sikap keterbukaan sebahagian orang Melayu yang terpelajar khususnya di bandar telah menolak parti berasaskan kaum dan tidak lagi kisah dengan usaha mempertahankan keistimewaan dan ketuanan Melayu.
Gabungan faktor ini telah mewujudkan kelemahan yang kumulatif kepada kepimpinan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO. Disebabkan oleh kelemahan ini, kumpulan minoriti bukan melayu telah mengambil kesempatan untuk menuntut hak yang sememangnya bukan hak mereka dan mempertikaikan hak-hak melayu yang telah termakbul di dalam Perlembagaan Negara dan Kontrak Sosial yang telah dipersetujui diantara etnik. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati orang-orang Melayu dan Bumiputra.
Oleh itu, pihak kerajaan perlu segera memperbaiki hubungan etnik ini secara serius. Kerajaan Barisan Nasional jika mahu terus relevan harus mengambil langkah drastik bagi menangani isu-isu ini. Berpeluk tubuh demi kebebasan bersuara dan mengekpresikan diri dan mengamalkan sikap terlampau terbuka hanya memudaratkan perpaduan di kalangan rakyat.
Wednesday, September 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Greetings & Selamat datang
Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
About Me
Blog Archive
-
▼
2008
(108)
-
▼
September
(33)
- Kata 'TIDAK' pada pencalonan Khairy Jamaludin!
- Anwar Ibrahim: Gila Kuasa. 16 September: Bahan Lawak!
- Pencalonan Ketua Pemuda UMNO
- Dato' Zahid Ibrahim. The 'Attack Dog'.
- Ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- Israelis wanted 'Bunker-buster' bombs to attack Ir...
- War Will Never End in Victory - U.S Military Comma...
- Tindakan Anwar yang Terdesak
- Dato' Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO
- Report: 2025, Declining U.S Dominance and World Up...
- Understanding Men
- Kontrak Sosial - Pengorbanan Orang Melayu/Bumiputra
- Perpaduan Negara Tergugat
- Malay Leaders standing up?
- Learning from History
- Sokong Dato' Mukhriz Mahathir untuk Ketua Pemuda
- Menjelang 16 September - Penubuhan Kerajaan secara...
- Iraq: Independent Country or an American Colony?
- Puck Shots
- Socionomic theory
- Collateral Damage: Casualties of War or Mass Murder?
- Soseh-Soseh
- Antara Tradisi dan Kebebasan Individu
- Melayu dalam dilema
- The Republican Convention
- Bangsa Melayu Rasis?
- Puck Shots
- Dilema pekerja tempatan
- Tanda-tanda Kejatuhan Empayar Amerika?
- Anwar and his Threats of 16th September.
- Brace Yourselfs for Cold War II
- Islamophobia
- Stop the Over Politicking and Threats of Illegitim...
-
▼
September
(33)
No comments:
Post a Comment