Senator Dato' Zahid Ibrahim, Menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri atau de facto Menteri Perundangan, menyelar Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana mempersoalkan jangka masa peralihan kuasa diantara Dato' Seri Abdullah dan Dato' Seri Najib.
Beliau berkata bahawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Tindakan Zahid Ibrahim tidak ubah seperti cara barat berpolitik iaitu beliau adalah hanya seperti jolokkan nama 'attack dog' untuk Perdana Menteri. Hampir setiap kali jika kepimpinan Dato' Seri Abdullah dipersoalkan, beliau adalah antara yang pertama menjadi 'hero' untuk mempertahankan Dato' Seri Abdullah.
Seperti apa yang berlaku pada bulan-bulan yang lepas, apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mengkritik kepimpinan Dato' Seri Abdullah, beliau dilihat sebagai seorang yang cuba untuk menjatuhkan malah cuba untuk memperkenakan Tun Dr. Mahathir. Beliau adalah dalang sebenar dibelakang penubuhan suruhanjaya diraja untuk kononnya menyiasat salah guna kuasa pada sistem perundangan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Dr. Mahathir.
Tindakkan beliau ialah untuk mencari helah dan bukti yang kononnya Tun Dr. Mahathir telah menyalahguna kuasa didalam kes-kes berprofil tinggi. Beliau juga adalah dalang dalam kes pembayaran ex gratia kepada bekas hakim negara Tun Salleh Abbas. Malah beliau sendiri yang telah menyampaikan cek pembayaran kepada Tun Salleh dimana hingga kini, jumlah pembayaran tidak diketahui. Dilaporkan bahawa kemungkinan jumlahnya bernilai jutaan ringgit. Semua ini dilakukan supaya menekan Tun Dr. Mahathir untuk berhenti mengkritik Dato' Sri Abdullah.
Siapa Dato' Zahid Ibrahim? Beliau bukannya seorang Ahli Parlimen. Beliau dilantik sebagai Senator dan diberikan jawatan sebagai Menteri di jabatan Perdana Menteri. Adakah perlantikan beliau semata-mata sebagai 'attack dog' kepada Perdana Menteri? Semua fakta-fakta terkini dan tidakkan beliau mengatakan demikian.
Walaupun beliau mencuba untuk mengenakan Tun Dr. Mahathir, beliau tidak berjaya malah telah kelihatan tersangatlah bodoh apabila rancangannya terkena batang hidungnya sendiri. Pelbagai cara beliau telah mencuba malah bersekongkol bersama Majils Peguam untuk menjatuhkan Tun Dr. Mahathir.
Sekarang ini, dilihat Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menjadi sasarannya. Beliau berkata, jika Muhyiddin enggan meletak jawatan, Dato' Seri Abdullah pula mempunyai kuasa untuk memecat beliau. 'Perkara ini cukup mudah, jika Muhyiddin tak puas hati dan tidak yakin dengan Abdullah, beliau harus meletakkan jawatan sebagai menteri,' katanya. Beliau juga menegaskan bahawa Dato' Seri Abdullah tidak wajar memiliki menteri seperti Muhyiddin yang cuba mempertikaikan kepimpinannya.
Ada lagi seorang 'Attack Dog' Dato' Seri Abdullah yang belum dilihat bersuara. Dia ialah Dato' Nazri Aziz.
Saturday, September 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Greetings & Selamat datang
Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
About Me
Blog Archive
-
▼
2008
(108)
-
▼
September
(33)
- Kata 'TIDAK' pada pencalonan Khairy Jamaludin!
- Anwar Ibrahim: Gila Kuasa. 16 September: Bahan Lawak!
- Pencalonan Ketua Pemuda UMNO
- Dato' Zahid Ibrahim. The 'Attack Dog'.
- Ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- Israelis wanted 'Bunker-buster' bombs to attack Ir...
- War Will Never End in Victory - U.S Military Comma...
- Tindakan Anwar yang Terdesak
- Dato' Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO
- Report: 2025, Declining U.S Dominance and World Up...
- Understanding Men
- Kontrak Sosial - Pengorbanan Orang Melayu/Bumiputra
- Perpaduan Negara Tergugat
- Malay Leaders standing up?
- Learning from History
- Sokong Dato' Mukhriz Mahathir untuk Ketua Pemuda
- Menjelang 16 September - Penubuhan Kerajaan secara...
- Iraq: Independent Country or an American Colony?
- Puck Shots
- Socionomic theory
- Collateral Damage: Casualties of War or Mass Murder?
- Soseh-Soseh
- Antara Tradisi dan Kebebasan Individu
- Melayu dalam dilema
- The Republican Convention
- Bangsa Melayu Rasis?
- Puck Shots
- Dilema pekerja tempatan
- Tanda-tanda Kejatuhan Empayar Amerika?
- Anwar and his Threats of 16th September.
- Brace Yourselfs for Cold War II
- Islamophobia
- Stop the Over Politicking and Threats of Illegitim...
-
▼
September
(33)

No comments:
Post a Comment