Tuesday, September 2, 2008

Dilema pekerja tempatan

Ketika ini, banyak kilang menjadikan warga asing sebagai sasaran utama diambil bekerja sehingga menyisihkan warga tempatan yang mempunyai kemahiran.

Dengan gaji kurang RM40 sehari, kerja 12 jam enam hari seminggu, tiada faedah perubatan serta tempat penginapan, warga asing adalah pilihan majikan masa kini. Memburukkan lagi keadaan adalah dimana kebanyakkan warga asing ini memasuki negara secara haram.

Banyak kilang di negara ini mengunakan taktik kotor. Warga tempatan yang masih bekerja di kilang tertentu akan mula dipinggirkan secara sistematik dengan tidak dibenarkan membuat kerja lebih masa, pemotongan pelbagai elaun dan banyak lagi untuk memastikan mereka akhirnya berhenti sendiri kerana majikan tidak boleh membuang mereka sesuka hati.

Ini menimbulkan dilema kepada warga tempatan. Kerajaan harus membuat sesuatu supaya budaya ini tidak berlarutan dan mengancam kepentingan warga tempatan. Warga tempatan yang merupakan rakyat negara ini harus diberi keutamaan dari segi mendapat pekerjaan.

Alasan pengambilan warga asing haram sebagai pekerja dapat mengurangkan kos operasi kilang tidak boleh diterima pakai dan harus dibenteras.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.