Thursday, September 18, 2008

Anwar Ibrahim: Gila Kuasa. 16 September: Bahan Lawak!

Dato' Seri Anwar Ibrahim sanggup menggunakan apa sahaja cara termasuk menghancurkan politik negara bagi memastikan kemaruk kuasanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia menjadi kenyataan. Beliau boleh disifatkan sebagai ‘gila politik’ kerana mencadangkan perubahan kerajaan baru yang telah pun gagal pada 16 September.

Usaha membentuk kerajaan baru yang cuba dilakukan oleh Dato' Seri Anwar dengan cara lompat parti hanya menggugat kestabilan negara dan membawa kesusahan kepada rakyat. Soal pembentukan kerajaan telah pun selesai diputuskan melalui pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Sikap Dato' Seri Anwar selepas rancangan 16 September gagal menjadi kenyataan telah membuatkan isu pembentukan kerajaan pakatan pembangkang menjadi bahan ketawa.

Daripada berterusan melaung-laungkan pembentukan kerajaan baru, lebih baik Dato' Seri Anwar selaku ketua pembangkang membuktikan keberkesanan pakatan pembangkang yang dipimpinnya di parlimen.

Hanya orang bodoh akan melayan kerenah kegilaan politik dan kerakusan kuasa pemimpin seperti Dato' Seri Anwar.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.