Selepas keputusan pilihan raya umum lalu, Pemuda UMNO yang sebelum ini diterajui oleh Hishammuddin selama 10 tahun, telah menunjukkan ia harus diberi nafas baru. Rentetan sejarah perjuangan Pemuda telah diwarnai dengan pelbagai peristiwa malah suatu ketika dulu suara Pemuda amat digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan.
Dalam kedudukan UMNO kini berikutan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu, pemilihan ketua Pemuda kali ini amat penting. Pemuda tidak memerlukan pemimpin yang hanya bijak bercakap atau dilihat berani memberi pandangan semata-mata. Sebaliknya Pemuda memerlukan ketua yang mampu memimpin, merancang dan bertindak bagi memastikan UMNO kembali mendapat tempat di hati rakyat terutamanya generasi muda yang bakal menjadi pengundi penentu dalam pilihan raya umum akan datang.
Dato' Mukhriz Mahathir telah mengumumkan secara rasmi bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO yang dikosongkan oleh Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo juga telah menyatakan hasrat untuk bertanding. Manakala Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin yang dijangka mengumumkan pendiriannya dalam tempoh dua tiga hari lagi.
Bakal ketua Pemuda UMNO nanti mestilah memiliki karisma yang mampu menarik generasi muda memberi sokongan kepada parti tersebut dan membuang imej parti itu yang dilihat milik golongan elit. Dalam soal ini, seseorang calon yang mempunyai sifat rendah diri, memiliki moral yang tinggi dan berwibawa.
Dato' Mukhriz Mahathir adalah calon paling layak untuk menerajui Pemuda UMNO. Berani bersuara menentang apa yang tidak benar. Seorang ahli perniagaan yang berjaya dan merupakan antara peneraju MERCY Malaysia. Dato' Seri Khir Toyo juga berkelayakan. Khairy Jamaludin adalah tidak layak sama sekali untuk menerajui Pemuda UMNO. Beliau masih mentah dan merupakan antara faktor utama mengapa Barisan Nasional kalah teruk dalam pilihanraya umum yang lalu.
Senario politik negara tidak memerlukan lagi pemimpin yang hanya pandai bercakap kerana rakyat sekarang sudah terlalu bijak dalam soal membuat penilaian mengenai politik. Sokong Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda dan Dato' Khir Toyo sebagai Naib Ketua. TOLAK KHAIRY JAMALUDIN si PENGKHIANAT dan PEMBINASA!
Sunday, September 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Greetings & Selamat datang
Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
About Me
Blog Archive
-
▼
2008
(108)
-
▼
September
(33)
- Kata 'TIDAK' pada pencalonan Khairy Jamaludin!
- Anwar Ibrahim: Gila Kuasa. 16 September: Bahan Lawak!
- Pencalonan Ketua Pemuda UMNO
- Dato' Zahid Ibrahim. The 'Attack Dog'.
- Ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- Israelis wanted 'Bunker-buster' bombs to attack Ir...
- War Will Never End in Victory - U.S Military Comma...
- Tindakan Anwar yang Terdesak
- Dato' Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO
- Report: 2025, Declining U.S Dominance and World Up...
- Understanding Men
- Kontrak Sosial - Pengorbanan Orang Melayu/Bumiputra
- Perpaduan Negara Tergugat
- Malay Leaders standing up?
- Learning from History
- Sokong Dato' Mukhriz Mahathir untuk Ketua Pemuda
- Menjelang 16 September - Penubuhan Kerajaan secara...
- Iraq: Independent Country or an American Colony?
- Puck Shots
- Socionomic theory
- Collateral Damage: Casualties of War or Mass Murder?
- Soseh-Soseh
- Antara Tradisi dan Kebebasan Individu
- Melayu dalam dilema
- The Republican Convention
- Bangsa Melayu Rasis?
- Puck Shots
- Dilema pekerja tempatan
- Tanda-tanda Kejatuhan Empayar Amerika?
- Anwar and his Threats of 16th September.
- Brace Yourselfs for Cold War II
- Islamophobia
- Stop the Over Politicking and Threats of Illegitim...
-
▼
September
(33)

No comments:
Post a Comment