Thursday, September 4, 2008

Melayu dalam dilema

Sebelum ini saya pernah menulis tentang ungkapan 'Malay Supremacy' dan 'Malay Lordship'. Tidak lupa juga saya menulis tentang 'Melayu Rasis'.

Ingin saya katakan bahawa saya sendiri sebagai bangsa Melayu tidak pernah mengungkap kata-kata tersebut dan saya tidak pernah mengamalkan 'Rasisme' sama sekali. Keluarga saya dan kenalan-kenalan saya juga sependapat dengan saya.

Pesan ibu saya, jangan sekali-kali memandang rendah kaum lain dan jangan sekali menindas. Saya diasuh untuk menghormati kaum lain. Saya dibesarkan dalam suasana pelbagai kaum. Tetapi saya diketika dan waktu ini amat hairan dan sedih mengapa persekeling saya seolah menjadi huru-hara dan ketegangan perkauman amat jelas ketara.

Rata-rata kaum lain mula memandang rendah orang Melayu malah mula berani buka mulut dan mengeluarkan kata-kata yang boleh disifatkan sebagai kurang ajar dan biadab. Kaum lain terutama yang memegang jawatan tinggi mula mengarah dan bercakap kurang sopan bila bertutur dengan orang melayu.

Keadaan politik negara yang kian kucar-kacir dan umpama tidak wujud persefahaman antara kaum yang kian terjalin selama 51 tahun negara merdeka.

Sekarang ini saya melihat kaum saya sendiri, orang melayu seumpama begitu takut jika dilabel sebagai 'rasis'. Ya, memang benar ada perasaan gementar kerana orang melayu tidak mengamalkan sikap rasisme.

Tetapi tidakkah orang melayu takut akan hilang semua hak-hak mereka sebagai penduduk asal tanah nusantara melayu ini? Kaum lain begitu berani mempertikaikan hak-hak kaum bumiputra dan mereka menggunakan strategi yang amat digeruni masa kini. Melebel 'Rasis' dan 'Raisme' iaitu merupakan kelemahan kaum melayu dan bumiputra.

Setiap kali kaum melayu dan bumiputra mempertahankan hak-hak mereka, kita semua dilebel sebagai rasis. Setiap kali kita membuka mulut, kita diserang dan dilabel sebagai rasis. Hingga pemimpin-pemimpin kita kena pohon maaf. Apa semua ni?

Adakah ini dilema buat orang melayu? Kita dalam dilema kerana ketakutan dilabel sebagai rasis? Kita takut dilebel rasis sehingga sanggup menggadaikan hak-hak kita?

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.