Tiga orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam satu operasi polis ke atas beberapa individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.
Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahanan itu perlu dilanjutkan.
Mereka yang ditahan ialah;
Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok ditahan oleh kerana mengeluarkan arahan melarang azan dilaungkan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid dan surau. Beliau juga didakwa turut cuba menghapuskan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan di ibu negara dan mencadangkannya digantikan dengan tulisan Cina serta Tamil.
Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin pula ditahan kerana menghasut dan memfitnah. Raja Petra ditahan di bawah ISA selepas polis berpuas hati bahawa beliau menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui laman web Malaysia Today.
Wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan laporan wartawan itu dalam akhbar Sin Chew Daily yang memetik kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina Malaysia adalah pendatang di negara ini. Laporan beliau itu menimbulkan kontroversi di seluruh negara yang akhirnya menyebabkan Ahmad digantung keahlian UMNO selama tiga tahun.
Penahanan di bawah ISA ini dibuat untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut dan bagi membendung sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dan persengketaan agama. Difahamkan, beberapa orang lagi akan ditahan di bawah akta yang sama dalam masa terdekat.
Akhirnya, kerajaan telah bertindak. Sepatutnya tindakkan ini sudah lama patut diambil. Cuma saya kurang bersetuju dengan penahanan wartawan Sin Chew Daily. Jika hendak menahan beliau kerana melaporkan didalam akhbarnya, Dato Ahmad Ismail juga patut ditahan bawah ISA. Tindakkan ini dilihat sebagai dasar berat sebelah dan tidak adil.
Saturday, September 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Greetings & Selamat datang
Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
About Me
Blog Archive
-
▼
2008
(108)
-
▼
September
(33)
- Kata 'TIDAK' pada pencalonan Khairy Jamaludin!
- Anwar Ibrahim: Gila Kuasa. 16 September: Bahan Lawak!
- Pencalonan Ketua Pemuda UMNO
- Dato' Zahid Ibrahim. The 'Attack Dog'.
- Ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- Israelis wanted 'Bunker-buster' bombs to attack Ir...
- War Will Never End in Victory - U.S Military Comma...
- Tindakan Anwar yang Terdesak
- Dato' Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO
- Report: 2025, Declining U.S Dominance and World Up...
- Understanding Men
- Kontrak Sosial - Pengorbanan Orang Melayu/Bumiputra
- Perpaduan Negara Tergugat
- Malay Leaders standing up?
- Learning from History
- Sokong Dato' Mukhriz Mahathir untuk Ketua Pemuda
- Menjelang 16 September - Penubuhan Kerajaan secara...
- Iraq: Independent Country or an American Colony?
- Puck Shots
- Socionomic theory
- Collateral Damage: Casualties of War or Mass Murder?
- Soseh-Soseh
- Antara Tradisi dan Kebebasan Individu
- Melayu dalam dilema
- The Republican Convention
- Bangsa Melayu Rasis?
- Puck Shots
- Dilema pekerja tempatan
- Tanda-tanda Kejatuhan Empayar Amerika?
- Anwar and his Threats of 16th September.
- Brace Yourselfs for Cold War II
- Islamophobia
- Stop the Over Politicking and Threats of Illegitim...
-
▼
September
(33)
No comments:
Post a Comment