Sunday, August 31, 2008

Aneh... Tiada ugutan?

Sesuatu yang aneh berlaku waktu pilihanraya kecil di Permatang Pauh yang menyaksikan Dato' Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai wakil rakyat. Bila difikirkan, sememangnya aneh.

Sepanjang kempen di Permatang Pauh tidak ada pula ada dakwaan Anwar diancam bunuh. Bila difikirkan, beliau sangat terdedah dengan persekitaran yang terbuka di pasar, pentas, restoran dan dalam kenderaan. Mengikut laman web Anwar dan PKR, dalam sehari, siang dan malam, sekurang-kurangnya lima ceramah yang dihadiri oleh Anwar di tempat terbuka tetapi tidak terdengar langsung ada ancaman terhadap nyawanya.

Sewaktu Saiful membuat laporan polis terhadapnya, beliau melarikan diri ke kedutaan Turki dan membuat kenyataan bahawa ada ancaman bunuh terhadapnya. Ini telah menimbulkan persepsi negara ini tidak lagi selamat. Ia juga telah mengundang campur tangan Amerika Syarikat (AS).

Walaupun ini menguatkan persepsi bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya dan sentiasa bersekutu dengan dunia Barat, tetapi sekali lagi penduduk Permatang Pauh tidak ambil peduli. Anwar sentiasa saja mempunyai alasan dan pengikutnya taksub mempercayai apa saja yang Anwar katakan.

Inilah kelebihan Anwar. Kemampuannya meyakinkan khalayak ramai melalui personalitinya menyebabkan mereka tidak ambil peduli dengan urutan peristiwa berdasarkan fakta yang berlaku sebelum dan semasa kempen pilihan raya.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive