Sunday, August 24, 2008

Konflik Global

Sedang elok semua hangat bercerita tentang politik negara dan masalah-masalah yang timbul, mari kita berhenti seketika dan melihat apa yang sedang berlaku diserata dunia kini.

Somalia
Semalam, di Kismayo, bandar terbesar di selatan Somalia, pertempuran telah berlaku diantara pejuang-pejuang extemis islam dengan puak-puak tribal. Dilaporkan banyak mayat bertaburan di merata-rata tempat. Pertempuran berlaku apabila kumpulan militan bersenjata bernama Al Shabab menyerang Kismayo. Mereka bertempur dengan para militia tempatan.

Kashmir
Dengan mengibarkan bendera Islam, puluhan ribu rakyat wilayah Kashmir berarak melaungkan 'We want freedom'. Perarakan ini diadakan adalah antara yang terbesar pernah diadakan untuk menentang pemerintahan India terhadap wilayah itu. Mereka menjerit 'There is no God but Allah" dan "Indian forces go back".

Di samping itu, tiga tentera India dan empat orang militan Islam terbunuh dalam pertempuran berdekatan wilayah ini.

Pakistan
Tentera Pakistan memberitahu bahawa 16 orang militan telah terbunuh selepas bertempur dengan tentera Pakistan. Antara yang terbunuh termasuk seorang penyerang berani mati.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah menganggarkan lebih 200,000 orang telah menjadi pelarian sejak wilayah di utara Pakistan bergolak. Keadaan ini berlaku apabila tentera Pakistan melancarkan operasi ketenteraan terhadap wilayah utara Pakistan yang berkongsi sempadan dengan Afghanistan. Wilayah ini dikatakan menjadi lubuk operasi Osama Bin Laden dan Al Qaeda.

Iraq
Di Baghdad, seorang warga Iraq tidak bersenjata telah ditembak mati oleh pengawal keselamatan swasta yang dilantik oleh tentera Amerika. Bagaimanapun, pihak tentera Amerika membuat penafian tentang perkara ini.

Sementara itu, di Kirkuk, tiga orang warga Iraq terbunuh selepas dikatakan ditembak oleh sebuah helicopter. Seperti insiden di Baghdad, pihak tentera Amerika menafikan laporan ini.

Afghanistan
Ramai terbunuh dalam satu perjumpaan memperingati kematian ketua kampung yang diadakan di sebuah perkampungan kecil apabila tentera Amerika menyerang kumpulan yang hadir di perjumpaan itu.

Sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berpengkalan di Kabul berkata seramai 78 orang terbunuh termasuk 20 wanita dan 50 kanak-kanak dalam operasi itu.

Nota: Semuanya negara Islam. Semuanya bergolak. Semuanya berperang.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive