Wednesday, August 13, 2008

Georgia - Perang di Caucasus

Mikheil Saakashvili, Presiden Georgia yang beumur 40 tahun, di beri pelajaran di negara-negara barat khususnya Amerika, perlu banyak belajar tentang realiti politik dan had-had kuasa sesebuah negara. Adakah beliau mempunyai masa untuk berlajar perkara ini atau tidak, ia adalah bergantung pada rakyat Georgia sendiri.

Pada hari khamis dan jumaat lepas, Saakashvili, yang dikenali sebagai seorang yang 'hyperactive' tetapi rapuh, membuat keputusan untuk menyerang wilayah atonomi Ossetia Selatan dengan harapan untuk menyatunya kembali dengan Georgia. Sebuah keputusan dimana orang-orang yang jauh berpengalaman dalam seni provokasi kententeraan akan memberikan nasihat dimana keputusan yang bakal diperolehi hanyalah satu. Kekalahan.

4 hari selepas melancarkan serangan, dengan tentera Georgia mengalami kekalahan teruk, diusir dari Ossetia Selatan, berlindung dan berteduh dalam keadaan separuh bodel, meminta campur tangan negara-negara barat terutamanya NATO menentang beruang raksaksa, Russia.
Tetapi, NATO tidak melatah kali ini walaupun mempunyai perjanjian individu dengan Georgia.

Masalahnya, Presiden Saakashvili lah yang memulakan konflik ini. Beliau yang rakus serta tidak bertanggungjawab memulakan provokasi ketenteraan dengan Russia dengan menyerang Ossetia Selatan. Kontijen pengaman Russia yang menjadi pengaman di wilayah bergolak itu mati dalam serangan Georgia. Ini menyebabkan satu serang balas yang pantas dan tegas dari Russia. Ia umpama perlawanan seekor semut api melawan seorang gergasi.

Sejenak, kita kenali sejarah wilayah yang menjadi perebutan. Pada masa kejatuhan empayar Soviet Union, rakyat Ossetia, terbelah-bagi kepada dua. Di utara, Caucasus Russia dikenali sebagai Ossetia Utara dan di selatan dikenali sebagai Ossetia Selatan dibawah Georgia. Rakyat Ossetia Selatan dibawah Georgia, lebih menyokong pada pencantuman dengan Ossetia Utara iaitu sebuah wilayah dibawah Russia. Kebanyakan rakyatnya memegang kerakyatan Russia.
Konflik perang telah berlaku pada tahun 1990-91 dan pihak puak pemisah Ossetia Selatan berjaya mengalahkan Georgia dan mendapat kebebasan atonomi pada 1991.

Sedekad lamanya selepas mendapat kebebasan atonomi, rakyat Ossetia dan Georgia, berniaga dan hidup dalam keadaan berpesafahaman dan harmoni walaupun berlaku ketegangan diantara pejuang-pejuang militia Ossetia Selatan dan Georgia.

Pada tahun 2004, Presiden Saakashvili, dengan terang-terangan bersekonkol dengan Amerika dan negara-negara barat lain, memenangi pilihanraya umum Georgia. Kemenangan beliau adalah diatas landasan menawan semula wilayah pemisah Ossetia Selatan dan Abkhazia. Di waktu yang sama, Russia, yang melihat ini sebagai ancaman, dengan secara 'stealh' telah mula mengatur langkah meletakan kepentingannya di dua wilayah ini.

Berbalik pada konfik sekarang, khamis lepas, dibawah tindakan penyamaran, menggunakan perjanjian genjatan senjata dengan pejuang-pejuang pemisah Ossetia, Presiden Saakashvili bertindak memotong bekalan air ke wilayah Ossetia Selatan. Selepas itu melancaran serangan besar-besaran terhadap wilayah itu terutamanya ibu negara Ossetia Selatan, Tskhinvali. Dengan tumpuan dunia di kejohanan olimpik di Beijing dan Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin berada di Beijing, Georgia mengharapkan mata dunia tidak tertumpu pada tindakan Georgia. Tindakan Saakashvili adalah seperti satu perjudian. Ia nyata tersasar.

Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin, dengan pantas bergegas pulang ke Moscow dan membuat mesyuarat tergempar para-para jeneral perangnya. Ini sudah sepatutnya menunjukan apa yang akan berlaku kemudian. Vladimir Putin, bekas Presiden Russia, namanya terkenal seluruh dunia dan disanjungi rakyatnya, adalah kuasa sebenar kerajaan Russia. Presiden Russia sekarang, Medeyev, hanya orang suruhannya. Jika Putin yang ketika itu Presiden Russia mengarahkan tenteranya mematah dan menghancurkan pejuang-pejuang pemisah Chechnya, apatah lagi di Ossetia Selatan. Bila berhadapan dengan wilayah berkepentingan untuk Russia, Putin tiada berkompromi.

Dengan itu, Georgia dimalukan dimata dunia. Kalah teruk. Hampir kesemua aset-aset ketenteraan Georgia musnah. Mana mungkin negara kecil seperti Georgia menang menentang sebuah negara kuasa dunia. Russia tidak langsung memberi peluang pada Georgia. Russia bertindak melindungi rakyat Ossetia yang kebanyakannya memegang kerakyatan Russia. Sudah menjadi tanggungjawab Russia untuk melindungi rakyatnya.

Jika kita hendak menendang pasir ke muka seseorang yang jauh beganda lebih besar dari kita, pastikan kita ada strategi dan tidakan susulan. Disini, Presiden Saakashvili tiada strategi dan tidakan susulan. Dengan kekalahan ini, wilayah yang hendak diambilnya kembali secara paksa, akan terus mendapat kemerdekaan dalam bentuk penyatuan dengan Ossetia Utara. Bermakna, Ossetia Selatan akan menjadi sebahagian Russia.

Tidakan Presiden Saakashvili telah menghancurkan bandar Tskhinvali. Serangan pertama Georgia adalah dengan membuat bedilan demi bedilan untuk menghancurkan bandar ini supaya kasualti besar adalah orang awam. Meriam artileri dan serangan udara digunakan. Mujur ramai penduduk bandar lari berlindung di bangunan-bangunan yang mempunyai ruang bawah tanah dikelilingi konkrit. Ini berjaya melindung mereka namum dianggarkan 1,500 orang awam terbunuh.

Presiden Saakashvili telah membenamkan harapan Georgia untuk menyertai NATO. Tindakan yang tidak bertanggungjawab olehnya, jika Georgia ahli NATO, boleh mencetuskan konflik antara NATO dan Russia. Kemungkinan perang nuklear. Dengan ini, ahli-ahli NATO yang sedia-ada sekarang tidak mungkin akan menyokong kemasukan Georgia walaupun Amerika sangat menyokong kemasukan Georgia.

Kemungkinan besar Presiden Saakashvilli tidak akan bertahan lama sebagai Presiden Georgia.
Apapun terjadi, Saakashvili yang mencetuskan perang ini, bertanggungjawab atas kematian ribuan orang tidak berdosa dan juga kerosakan harta benda harus diambil tindakan oleh makamah dunia (ICJ).

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive