Saturday, August 23, 2008

Bangsa Melayu: Tenat.

Kita imbas kembali seketika. Dahulunya, orang Melayu miskin, kita bersyukur Tuhan anugerahkan kepada kita pemimpin-pemimpin yang baik-baik sehingga kehidupan orang Melayu sekarang lebih senang.

Tetapi kesenangan itu membuatkan orang Melayu alpa dan mula berubah. Bukan sahaja ahli politik berubah tetapi rakyat umum pun berubah. Jiran dah mula buat hal masing-masing. Tok Syeikh-syeikh yang perjuang agama ada juga dah mula diresap dengan perjuangan duniawi. Ketua-ketua jabatan kerajaan mencipta atau memeperkenalkan perkara-perkara baru bukan berniat untuk kemajuan jabatan dan negara tetapi kemajuan diri sendiri supaya senang naik pangkat atau perancangan khusus untuk persaraan.

Amalan bodek membodek berleluasa di kalangan ahli politik dan pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta. Pecah amanah berleluasa, jenayah semakin meningkat, akhlak anak muda membimbangkan, akhlak orang-orang dewasa juga semakin merisaukan, akhlak orang dah berumur mula semakin menjijikan. Orang yang buruk dipandang mulia, sebaliknya yang mulia dipandang hina. Hubungan sesama ahli keluarga pun sekarang dah mula terikat kepada kebendaan.

Zaman dahulu tanya kanak-kanak nak jadi apa? Jawapan mereka mesti nak jadi askar, polis, doktor, guru. Kenapa? Semua akan jawab nak tolong orang. Sekarang kanak-kanak diasuh ibubapa untuk kerja jadi orang kaya. Perempuan muda-muda cantik jelita kahwin dengan lelaki tak sepadan dengannya, ada yang sama umur dengan ibubapanya, semata-mata kerana wang ringgit. Zaman dulu cari pasangan yang beriman. Para guru duk susah hati mengajar tak naik jugak gaji. Pendek kata terlalu banyak perubahan sikap rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Tak payah nak berpanjangan lagi.

Orang Melayu sekarang lebih bersifat materialistik,kebendaan dan duniawi sehingga lalai menjalankan tugas dan amanah turun-temurun dengan baik. Bangsa melayu sekarang telah korup jiwa. Jiwa bangsa Melayu telah di'barat'kan. Buah fikir mereka dipenuhi dengan agenda-agenda barat seperti 'human rights', 'free speech', 'total freedom' sampai mereka lupa adat istiadat, tradisi serta gaya hidup kita orang timur. Bangsa melayu telah banyak lupa pada sejarah dan tamadun.

Kesimpulannya. Malaysia akan mengamalkan sistem pemerintahan seperti Singapura dan Amerika Syarikat mungkin selepas Pilihanraya Umum yang akan datang dimana BN akan tumbang kerana orang Melayu beri sokongan kepada PR. Memang kalau dilihat secara rasional dan intelektual, PR tak ubah seperti Singapura. PKR sahaja sudah seiras MALAYAN UNION! Kejatuhan orang Melayu disebabkan oleh orang Melayu sendiri.

Mungkin benar dimana ramai mengatakan UMNO penyebab korupsi ini bermula. Tetapi kita harus berfikir bahawa UMNO tak bersalah, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang salah. Korupsi bermula dari mereka yang gila harta-benda dan kuasa. Juga, jangan disalahkan mereka sahaja kerana kita juga bertanggungjawab. Amalan ini juga dipraktik oleh kita.

Idealisma Barisan Nasional yang diterajui UMNO adalah sistem pemerintahan yang ideal buat Malaysia. Ia masih relevan dan boleh diguna pakai. Kaedah berkongsi kuasa politik dan sumber kekayaan adalah formula yang terbaik. Nagara aman dan makmur selama 50 tahun walaupun ada terbersin sini-sana. Orang melayu di tanah melayu melalui UMNO telah mengamalkan sistem Perjanjian Madinah yang diguna oleh Rasullullah S.A.W dan ia telah menjamin kestabilan etnik,perpaduan dan menjana ekonomi.

Tetapi dengan keadaan UMNO yang sedang parah ini, rakyat biasa seperti saya, didalam dilema.

Nota: Moga bangsaku menyedari dan perkasakan diri. Kita boleh memodenkan diri. Tetapi kita tidak mem'barat'kan diri.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive