Saturday, August 30, 2008

Soseh-Soseh

1. Puspakom
10 Pemeriksa Kenderaan Puspakom Sdn Bhd dan dua perantara ditahan BPR berhubung siasatan rasuah membabitkan kelulusan pemeriksaan kenderaan di pusat berkenaan.

Selepas 28 kakitangan dan 19 perantara atau ‘runner’ di Pusat Pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd ditahan BPR kelmarin, beberapa pusat berkenaan di seluruh negara mengalami masalah semalam apabila jumlah kakitangan yang datang bertugas berkurangan.

Dah lama dah perkara ini berlaku.

2. Paranoia Kerajaan Perak (Susulan kes EXCO PKR)
Sebagai langkah mengelak ‘diperangkap’, kerajaan negeri memutuskan mulai 2 September ini semua pelawat ke pejabat Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, dikehendaki menjalani pemeriksaan keselamatan ketat termasuk tidak dibenarkan membawa telefon bimbit atau sampul surat besar. Semua pelawat diwajibkan menyatakan nama, nombor kad pengenalan, telefon serta tujuan datang ke bangunan berkenaan selain tubuh mereka akan diperiksa dengan alat elektronik sebelum dibenarkan memasuki pejabat mana-mana Exco kerajaan negeri.

Kalau betul ada penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah, bagaimana agensi penguatkuasa nak melakukan kerja mereka? Ini dilihat sebagai 'obstruction of justice' oleh kerajaan negeri Perak. Tindakkan mereka memberi 'imuniti' pada ahli-ahli EXCO apabila berada di dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan.

3. Kemudahalihan Nombor Selular (MNP).
Pengguna perkhidmatan telefon selular prabayar individu di Lembah Klang boleh mengekalkan nombor masing-masing walaupun menukar penyedia perkhidmatan melalui pelaksanaan perkhidmatan `Kemudahalihan Nombor Selular’ (MNP).

Menarik sangat. Sekarang senang hendak menukar syarikat telekomunikasi selular tanpa menukar nombor.

4. Allahyarham Ahmad Mahmud (1923 - 2008)
Pastinya pemergian Allahyarham Ahmad Mahmud dianggap kehilangan besar bagi industri seni tempatan terutama dunia lakonan. Bakatnya tiada ganti dan kredibilitinya dikagumi hingga kini.

Al-Fatihah...

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive