Sunday, August 17, 2008

Susulan Kempen Selamatkan Universiti Teknologi MARA (UiTM)


Kempen yang dilancarkan diseluruh negara adalah amat membanggakan malah amat mengejutkan. Bangsa melayu/bumiputra keluar menunjukan bantahan mereka. Ia amat mengharukan. Ia dijangka akan disambut hambar namun ternyata banyak pihak dan pengajur-penganjur telah tersalah anggap.



Himpunan bantahan pelajar-pelajar UiTM seluruh negara.





Himpunan bantahan di Johor.

















Himpunan bantahan di Pahang.












Himpunan bantahan di Melaka.


















Himpunan bantahan di Sarawak.















Himpunan bantahan di Selangor.















Himpunan bantahan di Perlis.














Himpunan bantahan di Terengganu.


















Perarakan membantah dan penyerahan memorandum kepada Menteri Besar celupar.



Kita semua sedia maklum bahawa demonstrasi jalanan bukanlah amalan dan gaya hidup kita. Namun apakah landasan yang ada untuk kita membantah usul tidak bertanggungjawab ini? Dengan kerajaan membisu dan tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk mempertahankan hak-hak melayu, apa pilihan yang kita semua ada?


Diingatkan pada semua ahli-ahli politik populis, jangan sesekali mengambil langkah sebegini. Hak melayu/bumiputra termaktub di dalam perlembagaan negara. UiTM adalah merupakan satu dari hak itu. Jangan sesekali pandang ringan dan menyangka kami orang-orang melayu/bumiputra akan berdiam diri selama-lamanya.


Tan Sri Khalid Ibrahim, ingat pepatah melayu, "Jangan kerana mulut badan Binasa".

Nota: Saya amat bangga. Pelajar-pelajar, bekas pelajar (Graduan) dan penyokong Instituisi Pengajian Tinggi milik melayu/bumiputra bersatu mempertahankan hak secara aman.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive