Friday, August 29, 2008

Kerajaan Pintu Belakang

Seperti yang diketahui umum, pelbagai retorik telah dikeluarkan mengenai perancangan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 september. Ini akan dilakukan melalui proses 'lompat' oleh lebih 30 ahli parlimen dari Barisan Nasional.

Saya tertanya, jikalau betul akan ada lebih 30 orang ahli parlimen BN akan melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat, tidakkah mereka (30 orang dari BN) terfikir bahawa mereka sebenarnya mengkhianati kehendak rakyat yang telah memilih BN pada PRU12 yang lepas. Rakyat Sabah dan Sarawak telah memilih calon-calon dari Barisan Nasional sebagai wakil rakyat mereka. Tidakkah tidakkan mereka ini boleh dianggap sebagai mengkhianati rakyat? Tidakkah kredibiliti mereka akan terancam?

Tidak lupa juga bahawa tuduhan dimana dikatakan PR sanggup membeli MP dari BN. Jumlah belian dikatakan, dimana MP yang dibeli boleh hidup senang-lenang selama 3 generasi. Kalau benar mereka ini dibeli, tidakkah mereka menggali kubur mereka sendiri? Adakah rakyat boleh menerima ahli-ahli parlimen ini? Gelaran 'Wakil rakyat untuk dijual' sudah pasti menunggu.

Satu perkara lagi. Jika benar 30 orang ahli parlimen BN lompat parti, dan PR mengambil alih kerajaan pusat, tidakkah ini boleh dikatakan sebagai 'Kerajaan Pintu Belakang'? Ada kredibiliti kerajaan seumpama ini? Semua maklum bahawa untuk mendirikan kerajaan pusat, sesebuah pertubuhan atau perikatan politik memerlukan mandat rakyat. Ini dilakukan melalui proses pilihanraya umum. Jikalau berlaku lompat parti, kerajaan pusat baru didirikan, kerajaan itu ada mandat dari rakyat?

Walau bagaimanapun, jika betul retorik yang diperkatakan, 30 orang yang melompat parti itu akan dikenali sebagai 'Pengkhianat', 'Untuk dijual', 'Wakil rakyat Murahan' dan 'Petualang'. Kerajaan pusat yang didirikan dibawah pimpinan Dato' Seri Anwar merupakan kerajaan 'Pintu Belakang'.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive