Sunday, August 31, 2008

Jurang Sosioekonomi Bumiputera

Semenjak tahun 1970, dengan berpandukan strategi pengagihan pertumbuhan dan objektif serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB), aktiviti pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi menghapuskan jurang pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi terus berjalan lancar. Namun hingga kini, objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mencapai sasaran 30% yang dicadangkan untuk orang Melayu dan Bumiputera.

Mengikut perangkaan, walaupun orang Melayu dan bumiputera adalah warga majoriti di negara ini dengan lebih 67 % jumlahnya, namun dari segi penguasaan ekonomi negara masih rendah dan minoriti di mana dari segi pemilikan ekuiti pada tahun 2004, Bumiputera hanya memiliki 18.9 % sahaja. Manakala dari segi pemilikan hartanah dan untuk bangunan komersial pula, bumiputera hanya menguasai 12.7 % dan untuk kompleks perindustrian dan hotel, bumiputera menguasai 11.7 %.

Dilaporkan juga bahawa dari segi pendapatan isi rumah pula, bumiputera berada di kedudukan terbawah dengan pendapatan kasar bulanan purata RM2,711 pada tahun 2004. Diikuti orang India kedua teratas dengan pendapatan kasar bulanan purata RM3456.00 dan kaum Tionghua berada di kedudukan teratas dengan pendapatan kasar bulanan purata RM4,437.

Ironinya, walaupun orang Melayu dan Bumiputera adalah kaum majoriti, bumiputera khususnya orang Melayu adalah kaum yang paling miskin di negara ini. Ini membuktikan bahawa bukan bumiputera adalah pemain utama ekonomi negara dengan jumlah pendapatan kasar mereka melebihi bumiputera. Ini juga mampu menolak dakwaan dan tohmahan bahawa bukan bumiputera disisih dan dianaktirikan oleh kerajaan dalam proses pembahagian kekayaan negara.


Gejala rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kerenah birokrasi dan amalan berpolitik berlebihan adalah faktor mengapa bumiputera khususnya orang Melayu berada dalam keadaan ini. Oleh itu, pendekatan baru yang lebih agresif dan strategik bagi memastikan lonjakan dalam pencapaian ekonomi kaum bumiputera sangat perlu yang antara lain menggariskan gesaan terhadap sektor swasta bumiputera untuk lebih cergas dalam meningkatkan penguasaan ekonomi.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive