Semalam, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Badawi telah membentangkan Bajet untuk tahun 2009. Antara fakta-fakta menarik terkandung didalam bajet 2009.
Bertemakan Kerajaan Prihatin dan selaras dengan lima teras Misi Nasional, Bajet 2009 akan menumpukan kepada tiga strategi khusus, iaitu:
Pertama: Menjamin Kesejahteraan Rakyat
Kedua: Membangunkan Modal Insan Berkualiti
Ketiga: Memperkukuhkan Daya Tahan Negara.
STRATEGI PERTAMA: MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT
1. Jaringan Keselamatan Sosial
Kerajaan menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk Semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 sebulan untuk Sabah.
1.1 Membasmi Kemiskinan
Pelbagai langkah yang diambil oleh Kerajaan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Kerajaan yakin matlamat menghapuskan kemiskinan tegar akan dapat dicapai pada 2010.
2. MENINGKATKAN PENDAPATAN BOLEH GUNA RAKYAT
2.1 Penambahan Rebat
Kerajaan mencadangkan rebat cukai RM350 seorang yang diberikan pada masa ini, dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah. Berikutan langkah ini, seramai 100,000 pembayar cukai dalam golongan pendapatan sederhana tidak lagi dikenakan cukai.
2.2 Pengurangan Duti Impot
Bagi menangani kesan kenaikan harga barangan pengguna, kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada di antara sepuluh peratus dan 60 peratus kepada di antara 5 peratus dan 30 peratus.
2.3 Penurunan Cukai Jalan Kenderaan
Kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat dikenakan cukai jalan yang lebih tinggi berbanding kenderaan sama berenjin petrol. Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, berkuat kuasa 1 september.
3. MENJAMIN KEBAJIKAN PEKERJA
3.1 Pengecualian cukai sektor swasta.
Sektor swasta perlu mengutamakan kebajikan pekerja. Untuk menyokong usaha sedemikian, kerajaan mencadangkan elaun perjalanan antara rumah dan tempat kerja yang diberikan oleh majikan kepada pekerja diberi potongan sepenuhnya, manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga RM2,400 setahun.
3.2 Menggalakkan Majikan Berkebajikan (Pengecualian cukai sektor swasta)
Pertama: bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga RM300,000 untuk perumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan
Kedua: telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan langganan internet yang dibayar oleh majikan
Ketiga: nilai diskaun sehingga Rm1000 setahun ke atas barangan jualan syarikat yang ditawarkan kepada pekerjanya
Keempat: nilai diskaun ke atas perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat yang ditawarkan kepada pekerja, seperti sekolah swasta yang memberi pendidikan percuma kepada anak pekerjanya
Kelima: elaun penjagaan anak sehingga RM2,400 setahun bagi anak-anak pekerja
4. Menambah baik pengangkutan awam
Kerajaan akan terus menggalakkan lebih ramai warga menggunakan pengangkutan awam dalam konteks meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup. RapidKL dan RapidPenang ditubuhkan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Lembah Kelang dan di Pulau Pinang.
Untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, sebanyak RM35 bilion akan dibelanjakan dalam tempoh 2009 hingga 2014. Ini termasuk projek-projek meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel sedia ada, membina laluan rel baru, menambah bilangan bas serta menyediakan kemudahan infrastruktur berkaitan.
(RM35 billion? Scomi bina bas? Scomi Rel bina LRT?)
5.Dasar Jaminan Makanan
Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai program pertanian bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi. Sebanyak RM5.6 bilion disediakan di bawah Dasar Jaminan Makanan Negara bagi tempoh 2008 hingga 2010.
6.Menjana Pendapatan Melalui Kredit Mikro
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ditubuhkan untuk membantu isi rumah miskin luar bandar meningkatkan pendapatan melalui pembiayaan kredit mikro. Atas hasrat untuk menangani kemiskinan bandar, skop dan operasi AIM diperluaskan kepada golongan miskin bandar, bermula tahun ini. Untuk ini, Kerajaan menyediakan peruntukan dana modal pusingan RM100 juta untuk membiayai program Kewangan Mikro Bandar.
7.Meningkatkan Taraf Hidup Orang Asli
Peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli terus diberi perhatian bagi memastikan mereka sama-sama menikmati kemakmuran ekonomi negara. Selaras dengan matlamat tersebut, peruntukan RM160 juta disediakan untuk mempergiatkan lagi usaha menyediakan peluang pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas yang lebih baik kepada masyarakat Orang Asli.
8.Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik
Pada masa ini, bagi menggalakkan orang kurang upaya (OKU) bekerja, Kerajaan menyediakan elaun bulanan Rm300 kepada mereka. Menyedari ada di antara OKU yang tidak berupaya bekerja, Kerajaan akan memberi elaun RM150 sebulan kepada mereka. Di samping itu, elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah daripada RM50 kepada RM150, sementara bayaran insentif RM200 sebulan disediakan untuk pembantu guru di sekolah berkenaan.
9.Meningkatkan Program Perumahan
Bagi tahun 2009, peruntukan RM330 juta disediakan kepada Jabatan Perumahan Negara untuk menyiapkan hampir 4,400 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa, 1,500 unit PPR Bersepadu dan 600 unit PPR Dimiliki. Di samping itu, Syarikat Perumahan Negara Berhad akan membina 33 ribu rumah kos rendah.
10.Melonggarkan Syarat Pinjaman Perumahan Kerajaan
Untuk membolehkan anggota perkhidmatan awam memiliki rumah, Kerajaan bersetuju untuk menambah baik syarat pinjaman perumahan anggota perkhidmatan awam. Ke arah ini, Kerajaan akan:
Pertama: melanjutkan tempoh pinjaman perumahan daripada 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru
Kedua: memberi kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubah suai ke atas rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan Kerajaan
Ketiga: membuka panel insurans pinjaman perumahan Kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini, panel insurans adalah terhad kepada lima syarikat.
11.Mengurangkan Kos Memiliki Rumah
Bagi mengurangkan kos membeli rumah kos sederhana, Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem 50 peratus diberikan juga ke atas surat cara perjanjian pinjaman kepada pembeli rumah kos sederhana.
12.Memperluaskan Skim Jaminan Kredit Perumahan
Dalam Bajet 2008, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) diperkenalkan bagi membantu golongan tidak berpendapatan tetap untuk memiliki rumah mampu milik. Melalui Skim ini, peminjam boleh mendapatkan pinjaman perumahan daripada Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam Malaysia Berhad untuk membeli rumah kos rendah dan sederhana rendah. Peruntukan dana RM50 juta disediakan untuk menjayakan Skim ini. Sehingga kini, hampir 500 permohonan bernilai RM20 juta diluluskan. Mulai Julai 2008, Kerajaan memperluaskan Skim ini kepada semua institusi kewangan tempatan. Di samping itu, dana Skim ini juga akan ditambah kepada RM100 juta. Dengan tambahan ini, SJKP akan berupaya menjamin pinjaman bernilai RM2 bilion yang akan dapat memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada 40 ribu peminjam.
13.Menggalakkan Tanggungjawab Sosial Korporat
Dalam Bajet 2008, Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Program Amal Jariah dengan menyediakan dana RM50 juta bagi membaik pulih rumah usang rakyat miskin tegar di seluruh negara. Untuk meneruskan program ini, Kerajaan menyeru syarikat swasta untuk menyumbang kepada dana ini sebagai menyokong aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), supaya lebih ramai rakyat miskin mendapat manfaat daripada Program ini. Untuk ini, Kerajaan akan menyediakan geran sepadan RM1 bagi setiap RM1 yang dibelanjakan oleh sektor swasta untuk program ini. Sebagai permulaan, RM100 juta disediakan untuk tujuan ini. Dianggarkan 30 ribu rumah usang akan dapat dibaik pulih melalui kaedah ini.
Pada masa ini, potongan cukai diberi kepada sumbangan syarikat bagi projek komuniti dalam bidang pendidikan, kesihatan, perumahan, infrastruktur serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bagi memantapkan lagi budaya tanggungjawab sosial korporat, Kerajaan mencadangkan skop projek komuniti yang layak mendapat potongan cukai diperluaskan kepada projek berkaitan peningkatan pendapatan golongan miskin serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
14.Memantapkan Perkhidmatan Kesihatan
Perkhidmatan kesihatan secara percuma akan terus disediakan kepada rakyat. Peruntukan RM13.7 bilion disediakan pada tahun 2009 untuk tujuan meningkatkan kemudahan dan peralatan kesihatan, menambah bekalan ubat, membangunkan sumber manusia, menggiatkan aktiviti penyelidikan dan meningkatkan penguatkuasaan, di samping pembinaan hospital, klinik dan kuarters.
15.Menambah Kemudahan Awam
Kemudahan prasarana dapat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat desa dan luar bandar. Bajet 2009 menyediakan peruntukan RM1.8 bilion untuk menambah kemudahan asas dan infrastruktur di luar bandar di Semenanjung.
Kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk membangunkan Sabah dan Sarawak. Bagi negeri Sabah, peruntukan hampir RM3 bilion disediakan untuk melaksanakan projek infrastruktur. Bagi negeri Sarawak, peruntukan RM3.3 bilion disediakan untuk pelbagai projek.
Tamat Strategi Pertama.
Sebenarnya, apabila saya membaca keseluruhan para 4, menambah baik pengangkutan awam, saya sudah berasa mual. Saya teruskan juga membaca tetapi saya dah mula malas nak menaip. Ini adalah kerana di para 4 sahaja, dah jelas kelihatan bahawa syarikat anak-beranak Abdullah Badawi dah terlibat. Disamping itu, banyak nampak gula-gula.

No comments:
Post a Comment