
Kontrak untuk membina kapal-kapal ini telah diberikan kepada PSC-Naval Dockyard, sebuah syarikat swasta dilantik sebagai kontraktor utama dan konsortium German Naval Group sebagai sub-kontraktor. PSC-Naval Dockyard yang berpangkalan di Lumut, telah menandatangani kontrak berjumlah RM24 billion untuk 27 buah kapal. Kontrak untuk membina dan menyiapkan kapal-kapal ini adalah untuk tempoh selama 10 tahun. Fasa pertama kontrak untuk membina 6 buah kapal pertama (Batch 1) telah ditandatangani pada tahun 2003 dimana 2 buah kapal pertama akan dibina di Jerman dan baki 4 buah kapal akan dibina di Malaysia.
Progres program NGPV ini dilanda berbagai masalah teknikal. Berbagai skandal melibatkan penyalahgunaan wang pelaburan juga menyebabkan kelewatan penyiapan program ini. Krisis ini berterusan sehinggalah pihak kerajaan Malaysia menukar pasukan pentadbiran program ini. Selepas itu, program ini diteruskan tetapi pihak kerajaan Malaysia telah menyatakan hasrat untuk hanya meneruskan program ini untuk 6 buah unit kapal sahaja.
Jun 2006, kapal pertama, Kapal Diraja Kedah (KD Kedah) dilancarkan. Ini sebenarnya sudah kelewatan selama 18 bulan. Kapal Diraja Pahang (KD Pahang) pula dilancarkan. Pembinaan kapal ketiga, KD Perak pula dilancarkan pada Nov 2007 diikuti oleh KD Terengganu pada Dis 2007. Melihat pada kelancaran program pembinaan ini yang dikatakan untuk siap pada penghujung 2009, kerajaan Malaysia telah menyatakan hasrat untuk meneruskan sehingga 27 buah kapal semula.
Nama "pennant" NGPV TLDM.
1. F171 KD Kedah
2. F172 KD Pahang
3. F173 KD Perak
4. F174 KD Terengganu
5. F175 KD Kelantan
6. F176 KD Selangor
Baki 21 buah kapal lagi seperti kontrak asal sebanyak 27 buah belum lagi dilancarkan. Kontrak asal yang bernilai RM24 billion ini semakin dilewatkan bermakna kos akan semakin naik. Kapal-kapal baru ini sangat diperlukan untuk menjamin keselamatan perairan negara. Ia harus disiapkan secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment