Wednesday, August 20, 2008

Apa nak jadi dengan UMNO ni?

Menyuarat Cawangan dan Bahagian UMNO
Susulan cerita yang didengar di warung kopi (Artikel Soseh-Soseh 17Aug) adalah mendukacitakan kerana yang diharapkan agar ketua-ketua cawangan yang dikatakan korup ditukar-ganti dengan calon yang berkaliber hanya khayalan belaka. Berita terkini bahawa rasuah berluasa didalam pemilihan ketua-ketua cawangan apatah lagi untuk jawatan ketua pemuda serta presiden dan timbalan presiden.

Pertandingan Ketua Pemuda UMNO
Pemilihan untuk Ketua Pemuda adalah yang amat mendukacitakan. Perlawanan diantara Dato' Mukriz dan Khairy Jamaluddin adalah dikatakan paling teruk dimana ia akan menjadi pertandingan berat sebelah oleh kerana amalan rasuah. Cerita terkini, hampir kesemua pemilihan untuk ketua-ketua cawangan dan bahagian melibatkan rasuah dan ugutan. Ada pihak yang hendak meletakkan orang-orangnya di cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian supaya menjelang disember ini, mereka-mereka ini akan mengundi beliau. Tak perlu nak tulis siapa kerana hampir kesemua rakyat Malaysia tahu siapa.

Arahan Hipokrit dan Rasuah terang-terangan
Arahan dikeluarkan yang tiada sesiapa boleh berkempen sehingga selesai mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian. Amaran keras dikeluarkan untuk sesiapa yang mengamalkan rasuah. Tetapi Presiden UMNO kini, Dato' Seri Abdullah boleh pula berkempen. Beliau dikatakan membuat lawatan ke semua cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian berjumpa ahli-ahli. Dikatakan juga beliau menghadiahkan kain pelikat, sejadah dan wang ihsan RM200 seorang. Ini bukan rasuah ke?

Ahli UMNO penakut dan tiada moral
Hampir kesemua ahli-ahli UMNO mengetahui akan perkara ini. Mereka hanya berdiam diri malah ramai pula yang dikatakan mengeluarkan kata-kata "tak ada apa untuk saya ke?" dan ramai juga berkata "ada apa untuk saya jika....?". Ahli yang setia dan berjuang untuk bangsa, agama dan negara banyak berdiam diri dan takut untuk bersuara. Ada juga yang mencuba tetapi selepas diugut, menyepikan diri pula.

Nota: Apa nak jadi dengan orang-orang melayu UMNO ni? UMNO ni untuk UMNO atau UMNO untuk Pak Lah dan keluarga?

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive