Monday, August 18, 2008

Kuasa 'The Lobby' di Amerika. Di Malaysia?

Melihat pada perkembangan dalam pemilihan Presiden Amerika yang bakal menggantikan Presiden George 'Perogol Iraq, Pembunuh Afghanistan, Penjenayah Perang' W. Bush, adalah sangat menyedihkan malah melucukan sekali.

Perebutan kuasa sebagai 'Orang paling berkuasa di dunia' dan 'Ketua dunia bebas' telah menjadi sesuatu yang sangat menggamatkan. Bukan apa, sebagai calon jawatan Presiden Amerika adalah menjadi tanggungjawab calon memastikan ila mereka menyandang jawatan itu,tugas utama mereka adalah melindungi negara, kepentingan negara dan rakyatnya.

Calon Presiden 2008 John McCain dan Barack Obama melakukan sesuatu yang tidak akan kita lihat dimana-mana negara lain di dunia. Mereka berebut-rebut untuk membuat akuan terbuka untuk menyokong dan melindungi, mengorbankan nyawa anak-anak amerika dan juga sumber kewangan negara mereka untuk sebuah negara lain, Israel.

AIPAC yang dikenali sebagai 'The Lobby' adalah merupakan sebuah pertubuhan amat berpengaruh dan berkuasa di Amerika. Tujuan 'The Lobby' hanya satu, memastikan Amerika terus menyokong dan melindungi kepentingan Israel.

Kedua-dua calon presiden ini, telah membuat kenyataan untuk terus menyokong dan melindungi kepentingan Israel. Mereka juga telah mengunjungi Tel Aviv untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Israel.

AIPAC melalui media arus perdana dunia dimana mereka miliki, sedang mungumpan dua calon ini melalui 'talk show' untuk membuat kenyataan terbuka tentang pendirian mereka berkenaan Israel dan musuh-musuh Israel. Ini supaya mereka boleh memilih mana satu calon yang harus mereka berikan sokongan.

Keadaan ini yang melucukan. Seorang pemimpin nasional sebuah negara, tugasya adalah mempertahankan negaranya, menjaga kepentingan negaranya dan melindungi rakyatnya. Disini kita dapat melihat dua calon pemimpin No.1 Amerika berebut-rebut untuk membuat kenyataan untuk mempertahankan, menjaga dan melindungi negara lain dan bukannya negara mereka sendiri. Inikah calon-calon yang harus dipilih oleh rakyat amerika?

Sesungguhnya kuasa melobi oleh AIPAC amat dasyat. Mereka mempunyai wang, pengaruh dan jentera untuk melakukan apa yang mereka kehendaki.

Adakah 'kuasa' sebegini di Malaysia?. Sememangnya ada. Susah untuk menidakkan pengaruh mereka di negara kita ini. Ini adalah kerana mereka merupakan orang-orang yang mengawal dana-dana dunia seperti IMF dan Bank Dunia.

Pemimpin-pemimpin kita terdahulu telah berjaya mengawal dan menidakkan pembabitan mereka di Malaysia. Sekarang? Lihat sahaja apa yang berlaku sejak-menjak ini.

Nota: Orang ramai harus membuka mata dan senantiasa berwaspada. Mereka-mereka ini dan tak lupa juga tali barut mereka berada dimana sahaja.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive