Tuesday, August 19, 2008

Ungkapan "Malay Supremacy & Malay Lordship"

Saya terkilan kerana ada orang-orang melayu yang telah meluahkan kata-kata seperti "Malay Supremacy" dan "Malay Lordship". Adakah mereka sedar apa yang mereka luahkan itu? Adakah mereka faham maksudnya?

"Supremacy"
Perkataan ini bila digunakan oleh satu bangsa, ia menyatakan bahawa bangsa itu adalah lebih mulia dari bangsa lain. Ini adalah sikap yang cukup extremis dan membawa pada bencana kemanusian.

Sebagai contoh, orang-orang yang mengamalkan "Supremacy" atau mudah digelar "Supremist", adalah seperti bangsa Nazi Jerman dibawah pemerintahan Adolf Hitler. "Nazi Supremist" yang mengatakan bangsa serta agama mereka lebih mulia dari bangsa lain telah melancarkan pembersihan kaum di benua eropah. Lebih 6 juta bangsa yahudi dibunuh.

Di Amerika pula, Klux Klax Klan (KKK), adalah merupakan "White Supremist" yang melancarkan diskrimasi dan pembunuhan bangsa kulit hitam.

"Lordship"
Perkataan ini pula adalah bersangkut-paut dengan sistem feudal atau kasta. Ia ada banyak hubung kait dengan sistem feudal di dunia barat terutamanya di benua eropah. Di eropah, di England sebagai contohnya, ada Raja, keluarga diraja, pembesar dan orang-orang keutamaan seperti tuan milik tanah. Tuan milik tanah ini diberi gelaran "Lordship".

Para-para "Lordship" ini, mempunyai orang-orang yang duduk diatas tanah mereka. Mereka ini digelar "pesants". "Lordship" sebenarnya membawa maksud "Masters of land and individuals" atau tuan tanah dan tuan pada orang-orang yang menduduki tanah mereka. Tuan-tuan ini mempunyai kuasa untuk mentadbir dan menjatuhkan hukuman pada golongan-golongan "pesants" ini. Dengan ini, kebanyakan rakyat ditindas dan tiada keadilan.

Di Tanah Melayu pula ada Raja atau Sultan, Pembesar dan Orang keutamaan. Di Tanah Melayu, hanya raja berkuasa mutlak. Pembesar pula adalah wakil dan pentadbir yang dilantik oleh raja. Tetapi tidak seperti "Lordship" di eropah, orang keutamaan tiada kuasa. Semua tanah dimiliki oleh raja atau sultan. Orang keutamaan adalah golongan ahli-ahli perniagaan. Itu sahaja. Rakyat dibawah pemerintahan raja-raja melayu tidak ditindas dan tiada diskrimasi berlaku.

Selama 400 tahun, kaum melayu di tanah melayu tidak pernah mengamalkan "Supremacy" dan "Lordship". Kaum melayu adalah merupakan kaum yang menghormati orang, baik hati, bersopan dan senantiasa hidup beramal. Tidak lupa juga bahawa kaum melayu semuanya menganut agama Islam. Islam tidak menyuruh kita mendiskrimasi dan bersikap kejam.

Adalah penting bagi kaum melayu di zaman ini supaya berhati-hati bila mengeluarkan kata-kata. Jangan kerana terlampau emosi kita mengeluarkan kata-kata yang akan menjatuhkan mertabat bangsa sendiri.

Keadaan sekarang di negara kita memang agak tegang antara kaum. Ini adalah kerana kaum bukan melayu seakan mencabar hak-hak melayu. Tetapi kita kaum melayu seharusnya bertenang dan menggunakan akal untuk menangani isu ini. Jangan pula kerana marah dan beremosi kita mengeluarkan kata-kata berbau perkauman dan menjatuhkan air muka bangsa sendiri.

Harus faham bahawa "Ketuanan Melayu" yang diperjuangkan membawa maksud "Tanah moyang milik melayu". Kita memperjuangkan "pengiktirafan" serta "hak istimewa" yang termaktub didalam perlembagaan negara. Bukannya "Malay Supremacy" dan "Malay Lordship".

Nota: Berfikir sebelum berkata. Berbincang sebelum dibuat.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive