Monday, August 18, 2008

Tan Sri Hassan Merican dan Petronas

Tan Sri Hassan sebenarnya meletak jawatan sebagai pengerusi dan ahli lembaga Petronas Gas Berhad. Tan Sri Hassan masih lagi memegang jawatan Pengerusi, Presiden dan Ketua Eksekutif Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Alhamdulillah. Kita semua boleh merasa lega yang Petronas masih di usruskan oleh seorang yang berwibawa dan juga seorang patriot negara.

Encik Wan Zul, Naib Presiden Petronas Gas dikatakan bakal menggantikan tempat Tan Sri Hassan sebagai Presiden Petronas Gas. Ini adalah satu berita yang baik kerana penggantian jawatan-jawatan penting didalam Petronas adalah dari kalangan orang-orang yang dilahirkan oleh Petronas sendiri. Tiada unsur politik dalam perlantikan didalam jawatan-jawatan ini.

Tan Sri Hassan telah berjaya, setakat ini, mematahkan usaha orang-orang tertentu supaya menggantikan jawatan-jawatan penting di dalam syarikat keramat negara ini.

Seperti yang ramai sedia maklum bahawa Khairy Jamaluddin, ahli parlimen Rembau, menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Badawi, dikatakan sedang berusaha untuk 'take-over' Petronas seperti yang beliau lakukan pada Khazanah Nasional, Capital Avenue dan juga Proton. Beliau, Khairy, telah meletakan kuncu-kuncu berliau sebagai Pengerusi dan Presiden syarikat-syarikat milik kerajaan ini. Dengan itu, mengawal semua dana-dana yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat milik kerajaan ini yang bernilai berbillion ringgit.

Setakat ini, Tan Sri Hassan telah berjaya mematahkan usaha-usaha orang-orang tidak bertanggungjawab ini. Tan Sri Hassan sedang berusaha 'grooming' orang-orang didalam Petronas sendiri untuk mengisikan jawatan-jawatan penting didalam Petronas.

Terima kasih pada Tan Sri Hassan kerana terus berjuang mempertahankan Petronas. Masih ada harapan yang Petronas akan terus maju dan bebas dari orang-orang yang hanya berkempentingan diri.

Nota: Terima kasih kepada rakan blogger sayuti kerana memberi info.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive