Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh P44
Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR): 31,195 undi
Dato' Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Undi rosak: 447 undi
Jumlah mengundi: 47,258
Kemenangan dengan majoriti: 15,671 undi
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Penyandang: Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi
Pengundi mengikut kaum (%):
Melayu: 67.7% Cina: 26.3% India: 5.7% Lain-Lain: 0.3%
Seperti yang dijangkakan, Barisan Nasional dipimpin oleh UMNO telah kalah di pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Banyak perkara yang mendorong kepada kekalahan BN selain faktor Dato' Seri Anwar Ibrahim. UMNO yang lemah kini, dibelenggu dengan krisis kepimpinan dan berbagai lagi masalah telah kalah dengan majoriti yang lebih besar berbanding pilihanraya umum ke-12 yang diadakan pada bulan March lalu.
Mari kita lihat antara faktor-faktor yang mendorong kepada kekalahan UMNO yang diperkatakan oleh orang ramai.
1. Kepimpinan Dato' Seri Abdullah yang lemah dan bersikap populis
2. Pengaruh keluarga Dato' Seri Abdullah dan penyelewengan melibatkan keluarga Perdana Menteri yang berleluasa
3. Pengaruh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin yang tidak diterima rakyat
4. Kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya, yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan skandal-skandal melibatkan Kementerian Pertahanan
5. Dato' Seri Najib dianggap sebagai pengganti yang tidak boleh diterima
6. UMNO sudah terlalu buruk dimata umum dan melemahkan Barisan Nasional
7. Penuh dengan korupsi melibatkan pemimpin-pemimpin
8. Permainan politik wang berleluasa (Isu kain pelikat,sejadah dan RM200)
9. Perebutan jawatan semuanya kerana wang dan kuasa
10. Budaya materialistik diamalkan oleh orang-orang berkepentingan dalam UMNO sudah terlalu parah dan terlalu sukar diubati.
11. Kegagalan propoganda BN yang dilihat tidak teratur dan tidak menepati kehendak rakyat
12. UMNO dilihat sebagai dalang dalam kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim
13. Kepimpinan UMNO dilihat sebagai kurang ajar (Memburuk dan mencela Tun Dr. Mahathir)
14. Boikot oleh penyokong-penyokong UMNO dan BN (Tidak mengundi)
15. Pengundi-pengundi tradisonal BN membuat undi protes dengan mengundi PR
Adakah keputusan pilihanraya di Permatang Pauh menunjukkan berkuburnya Barisan Nasional?
Barisan Nasional dibawah pimpinan UMNO adalah bukan calang-calang parti perikatan kerana wujudnya BN adalah bersertakan sejarah yang hebat dan banyak membawa kebaikan pada pembangunan Malaysia. Kelemahan UMNO adalah kerana faktor kepimpinan Dato' Seri Abdullah yang amat lemah serta korupsi oleh keluarganya. UMNO kini, dilihat telah menjadi sebuah parti elit yang menjadi lubuk cari makan dan agenda peribadi serta membelakangkan kepentingan rakyat.
Yang jelas ialah banyak rakyat menolak kepimpinan Dato' Seri Abdullah. UMNO dan BN akan tumbang pada PRU13 jika pucuk kepimpinan UMNO tidak ditukar. UMNO perlukan 'Reformasi' dalaman serta proses 'Restorasi' untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional.
Nota: Kekalahan UMNO di Permatang Pauh patut dijadikan iktibar pada semua ahli UMNO.
Thursday, August 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Greetings & Selamat datang
Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
About Me
Blog Archive
-
▼
2008
(108)
-
▼
August
(68)
- Criminalize War and World Peace
- Dr. Mahathir: Jews Rules by Proxy
- War and Peace. American Style.
- Jurang Sosioekonomi Bumiputera
- Aneh... Tiada ugutan?
- Soseh-Soseh
- Bajet 2009 part 1 (Ringkasan)
- Kerajaan Pintu Belakang
- Malaysian Malaysia masa depan Melayu?
- Hari Merdeka 2008
- Soseh-Soseh
- Illegal Settlements Continues
- Anwar's Walk-out of Parliment
- Cold War, Revisited.
- The 'West'
- Teori Konspirasi
- Sinopsis: Kekalahan UMNO di Permatang Pauh
- Taniah Dato' Seri Anwar
- Lobby Israel (Ringkasan)
- US Imperialism: Empire Of Consumption (Summary)
- Bangsa Melayu paling ramai dalam penjara
- Siapa Abdurrahman Wahid nak ajar Malaysia?
- Putra Nilai Tiada NGO untuk Melayu/Bumiputra?
- Soseh-Soseh
- International Media Bias
- Sabah: Foreign Interference or Intervention?
- Anwar and Foreign NGOs
- Puck Shots at Permatang Pauh
- Puck Shots
- Konflik Global
- Teknologi Solar dan Elektrik untuk Sabah
- Puck Shots
- Soseh-Soseh
- The By-Election. Realities.
- Excessive Freedom
- Malay Unity
- Rundingan FTA Malaysia-Amerika
- Bangsa Melayu: Tenat.
- Menjelang Hari Merdeka 2008
- Soseh-Soseh
- Bapa-Bapa Malaysia
- Kapal Peronda Generasi Baru (NGPV) untuk TLDM
- Apa nak jadi dengan UMNO ni?
- Remembering Rwanda's Madness.
- Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
- Pingat Perak untuk Malaysia
- Ungkapan "Malay Supremacy & Malay Lordship"
- Bosnia: Coincidental similarities?
- Kuasa 'The Lobby' di Amerika. Di Malaysia?
- Tan Sri Hassan Merican dan Petronas
- Soseh-Soseh ( Di Warung Kopi)
- Susulan Kempen Selamatkan Universiti Teknologi MAR...
- Tun Dr. Mahathir Mohamad: A Tribute part 2
- Synopsis: The Jews Rule the World by Proxy: Tun Dr...
- Palestine: Land Divided. Fatah & Hamas Standoff
- Pak Lah oh Pak Lah
- UMNO
- Tun Dr. Mahathir Mohamad: A Tribute part 1
- Kempen Mempertahankan University Teknologi Mara
- Soseh-Soseh
- Malaysia
- The Russian-Georgian War
- Georgia - Perang di Caucasus
- The Bar Council - 4th Arm Of The Government
- Puck Shots
- Going down history lane
- MAS and the trap!
- Hard times ahead
-
▼
August
(68)

No comments:
Post a Comment