Saturday, August 23, 2008

Menjelang Hari Merdeka 2008

Tahun ini sambutan menyambut hari keramat buat seluruh rakyat Malaysia sangatlah muram. Kita dapat melihat bahawa tiap-tiap tahun Jalur Gemilang berkibar di mana-mana sahaja. Tetapi tidak tahun ini. Selalunya Jalur Gemilang dikibar di atas bangunan, atas kereta namun tahun ini hampir tidak kelihatan.

Rakyat rasanya sudah bosan dan menderita dengan apa yang telah berlaku kepada negara sekarang ini. Maka hilangnya semangat kebangsaan, hilangnya rasa bangga pada diri sendiri dan juga kecintaan kepada negara seperti mana perginya tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin yang bijaksana.

Blogger Sheih Kickdefella telah syor kempen terbalikkan Jalur Gemilang sebagai cara memprotes ketamakan ahli dan pemimpin parti-parti politik tanpa mengira parti mana. Mungkin tindakan sheikh azidi itu sebagai tanda protes, tapi untuk menterbalikkan bendera, bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Banyak lagi cara lain boleh dilakukan tanpa menyentuh sensitiviti lambang dan panji-panji negara Malaysia tercinta ini. Saya percaya beliau mengalami 'mood' suram menyambut kemerdekaan, namun begitu bagi saya tindakan kickdefella memang tindakan pengkhianat! Jika sayangkan negara, panji-panji negara usahlah dipermainkan. Jalur Gemilang melupakan simbol negara tercinta kita. Amat malang sekiranya ia cuba dipolitikkan dan dihina sedemikian.

Walaupun ramai yang kecewa dengan kepimpinan PM kita sekarang ini, tindakan protes terhadap PM atau mana-mana institusi kerajaan harus dilakukan secara tepat dan nyata. Sekiranya kita tidak setuju dengan parti pemerintah, kita harus memprotes menerusi undi dan warkah kepada pemimpin. Itupun harus dilakukan dengan tertib dan sopan. Bukankah kita ingin dikenali sebagai rakyat yang beradab dan sivil dan bukannya terikut-ikut dengan budaya barat kerana kelemahan pemimpin kita? Menterbalikan Jalur Gemilang bukanlah caranya.

Seperti saya, ramai rakyat Malaysia tertekan. Tertekan dengan kos harga barangan naik mendadak. Tertekan dengan keadaan politik yang kucar-kacir. Tertekan dengan amalan salah guna kuasa. Tertekan dengan amalan rasuah yang berluasa. Malaysia sedang tenat.

Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk agar Malaysia diselamatkan dari kehancuran.

Nota: Cemerlang. Gemilang. Terbilang? Amendanya?

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive