Thursday, August 28, 2008

Teori Konspirasi

Sesuatu yang rakyat Malaysia mungkin tidak tahu berlaku diwaktu kekecohan yang melibatkan Dato' Seri Anwar semasa beliau lari ke kedutaan Turki. Masa itu, Dato' Seri Anwar mengatakan yang beliau menerima ugutan bunuh. Tetapi hakikatnya, waktu itu, Saiful membuat laporan polis bahawa beliau diliwat oleh Anwar. Bermakna, waktu itu, yang sebenarnya berlaku adalah polis menerima laporan dari Saiful tetapi tiada unsur yang mengatakan Anwar menerima ugutan bunuh. Cerita ugutan itu hanya diketahui lebih 36 jam kemudian.

Sesuatu yang menarik berlaku dalam masa 48 jam kekecohan pada hari itu. Disebalik kekecohan itu, wakil dari negara Iraq telah mengeluarkan kenyataan bahawa Iraq akan mengemukakan saman terhadap individu-individu yang telah menyelewengkan program 'Iraqi Oil for Food'. Ramai yang tidak tahu bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Badawi terlibat dalam skandal ini.

Pada 29 Jun, sewaktu kes liwat Saiful meletup dan Anwar lari ke kedutaan Turki, Iraq telah tiba-tiba mengumumkan akan menyaman individu yang terbabit dalam penyalahgunaan program 'Iraqi Oil For Food' di mahkamah di US. Adalah tidak logik isu itu di bangkitkan pada masa itu sedangkan nama-nama individu dan syarikat yang terlibat sudah lama di dakwa dan di hukum.

Apakah tujuan Iraq? Apakah kaitan Turki yang merupakan jiran Iraq? Kebetulan yang Anwar melarikan diri ke kedutaan Turki masa itu, ada kaitan? Sejurus selepas itu, Amerika masuk campur, kebetulan? Adakah tujuan ianya di hebah (Kes saman Iraq) adalah untuk mengugut Dato' Seri Abdulah bahawa beliau akan di hadapkan ke mahkamah di Amerika jika Anwar tidak 'di bela'? Selepas itu, Dato' Seri Abdullah memberi jaminan keselamatan pada Anwar dan Anwar bebas dari ditahan, kebetulan? Adakah semua ini kebetulan sahaja?

Adakah perkara yang disebut diatas hanya sebuah teori konspirasi? Jikalau kita semua kaji semula kejadian-kejadian ini, ia bukannya kebetulan. Ia seperti bersangkut-paut antara satu sama lain. Sukar untuk menidakkan apa yang telah berlaku. Namun perkara ini tidak diheboh dan ramai orang terutama di pendalaman tidak mengetahui tentang perkara ini.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive