Sunday, August 17, 2008

Soseh-Soseh ( Di Warung Kopi)

1.Dana Misteri (Cerita Warung Kopi)
Dengar desas-desus yang kuat berkumandang di warung-warung kopi bahawa ada dana RM1 billion ringgit diwujudkan menjelang 16 setember ini. Dana ini dikatakan datang dari sebuah agensi kerajaan asing. Dana asing ini dikaitkan dengan pergerakkan 'Regime Change' yang diketuai oleh puak-puak pelampau di sebuah negara kuasa besar dunia.

Menurut kisah ceritanya, dana ini sudah pun berada didalam akaun-akaun bank di rantau ini. Rantau. Bukannya Negara. Ia akan digunakan untuk memancing dan membeli manusia murahan yang berpangkat 'YB'. Kenapa dikatakan manusia murahan? Pasal ada tanda harga kat dahi dia menyatakan jumlah 'RM' yang perlu dibayar.

Siapa yang dikatakan menguruskan dana ini? Untuk apa dan siapa? Tepuk dada tanya selera. Seperti tajuknya, cerita warung kopi.

2. Mesyuarat UMNO peringkat cawangan (Cerita Warung Kopi)
Dengar cerita, mesyuarat di peringkat cawangan bagi memilih bakal-bakal pemimpin-pemimpin akan berakhir tidak lama lagi. Sudah ada kata putus khabarnya. Boleh dikatakan 50% kepimpinan pergerakan Pemuda dan Puteri akan berubah. Ikut ceritanya juga, ada banyak ketua-ketua cawangan melepaskan jawatan. Ada juga dikatakan sudah sampai peringkat umur. Ada juga yang membiarkan jawatan mereka dipertandingkan.

Dengar cerita jugak ada macam pemberontakan berlaku. Bakal-bakal ketua baru sudah ingin membuat usul untuk menukar ahli-ahli Majlis Tertinggi. Diceritakan, ada yang membuat kenyataan bahawa ahli-ahli MT telah korup, tidak bermoral dan sudah terlebih makan.

Kalau betul apa yang diceritakan ini, WOW! Tetapi disebalik cerita yang menarik ini, ada yang tak menariknya. Kemungkinan besar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dipertandingkan. Alahai. Dan juga cerita bahawa akan ada 'Showdown' diantara Khairy dan Dato' Mukriz untuk jawatan ketua pemuda.

Sama-sama kita nantikan menjelang Disember ini. Mudah-mudahan cerita ini betul tetapi sayangnya kita semua terpaksa menanggung beban hingga 2010 kerana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dipertandingkan.

3.Menjelang 16 September (Cerita Warung Kopi)
Saya tidak mahu menceritakan dengan panjang lebar apa yang mungkin akan atau tidak berlaku pada 16Sept ini. Yang saya tahu, mendengar cerita, walau apa pun terjadi, pihak yang dikatakan akan membentuk kerajaan federal pada tarikh itu mungkin akan terkejut dengan respon yang bakal diterima. Saya tidak mahu menjadi 'spoiler' dengan menceritakan tindakan yang bakal diterima oleh 'orang itu'.

Nasib dan rezeki masing-masing. Tetapi yang pasti, apa jua yang akan berlaku, rakyat biasa yang akan menanggung beban sikap rakus dan gila kuasa para pemimpin politik kita.

Rakyat Malaysia bersiap sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan.

Nota: Cerita warung-warung kopi. Kita boleh memilih untuk mempercayainya atau tidak mempercayainya.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive