Wednesday, August 20, 2008

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)

Disebalik himpunan bantahan kemasukan pelajar bukan bumiputra ke dalam UiTM tempoh hari, ada yang mengambil kesempatan untuk menyuarakan bantahan terhadap AUKU.

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Matlamat utama AUKU ini adalah untuk menghalang penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan penggabungan di antara badan-badan pelajar.

Berdasarkan kepada Kaedah Tatertib Pelajar-Pelajar, mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan boleh dikenakan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut, iaitu: amaran, denda, dilarang daripada mana-mana bahagian Universiti bagi tempoh yang ditetapkan, digantung daripada menjadi pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan atau dipecat dari universiti.

Sebenarnya, objektif AUKU adalah untuk menghidar pelajar-pelajar dari melibatkan diri dalam pertubuhan atau pergerakan politik sewaktu mereka dalam pembelajaran. Ini bagi memastikan bakal-bakal graduan menumpukan sepenuh perhatian pada tujuan utama mereka ke universiti iaitu untuk menimba ilmu.

Kita dapat lihat bahawa para penentang AUKU adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa melayu. Bangsa melayu sebenarnya aktif didalam pertubuhan dan persatuan berunsur politik. Ini adalah masalahnya. Kita semua sedia maklum bahawa hampir 90% pelajar-pelajar universiti dari bangsa melayu mendapat biasiswa memasuki universiti. Biasiswa yang diterima datangnya dari wang rakyat. Bermakna mereka semua belajar secara percuma dibiayai oleh rakyat.

Kalau kita fikir secara rasional, kita membenarkan wang kita yang kita bayar melalui pungutan cukai digunakan untuk membiayai kos pembelajaran pelajar-pelajar ini, kita akan tuntut mereka menumpukan perhatian terhadap pembelajaran mereka dan menjadi graduan selepas tamat universiti. Tentu kita tak akan menyukai jika pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa ini tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran mereka dan sebaliknya aktif berpolitik sini-sana.

Pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa sepatutnya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran mereka dan setelah tamat universiti, mereka boleh memilih untuk memasuki dan melibatkan diri secara aktif didalam mana-mana parti politik yang mereka pilih. Pada saat ini, mereka sudah berkerja dan menggunakan wang titik peluh mereka sendiri. Ini baru betul.

Objektif AUKU adalah untuk memastikan bakal-bakal graduan adalah diantara yang berkualiti dan professional. Ia juga adalah bagi melindungi kepentingan masyarakat dimana wang rakyat telah digunakan. Kita tidak mahu melihat golongan-golongan muda di universiti membuat demontrasi sini-sana dan sibuk berpolitik sini-sana.

Ramai orang tidak memahami objektif AUKU. Bukan untuk menghalang kebebasan tetapi untuk kebaikan bersama. AUKU harus dikekalkan. Pelajar-pelajar boleh ambil tahu tentang politik dan aktif secara tak langsung dalam aktiviti politik. Jangan sampai abaikan pelajaran dan menghabiskan wang orang. Ramai orang yang tak bernasib baik, tidak menerima biasiswa untuk mamasuki universiti. Kamu semua dapat biasiswa, dok sibuk berpolitik sini-sana. Fikir-fikir lah.

Nota: Bantahan tempoh hari bukan untuk politik tetapi mempertahankan hak bangsa. Kalau nak bebas, jangan ambil biasiswa masuk universiti. Guna wang sendiri.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive