Tuesday, August 26, 2008

Bangsa Melayu paling ramai dalam penjara

Adalah dilaporkan bahawa tahanan berbangsa Melayu merupakan kaum tertinggi yang sedang menjalani hukuman dan ditahan di beberapa institusi pemulihan dan penahanan di bawah pengurusan Jabatan Penjara. Daripada jumlah keseluruhan penghuni di semua institusi tersebut, seramai 37,717 orang banduan sedang ditahan atau menjalani hukuman di 29 buah penjara.

Sebanyak 14,057 terdiri daripada kaum Melayu, 3,482 daripada kaum Cina, 3,429 India, 1,742 kaum-kaum lain manakala 15,007 pula tahanan warga asing. Kaum Melayu mencatatkan bilangan tertinggi di pusat pemulihan akhlak yang ditahan di bawah Undang-Undang Pencegahan Ordinan Darurat dan Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas iaitu seramai 681 tahanan Melayu daripada jumlah keseluruhan 1,763 penghuni. Penghuni daripada kaum India pula seramai 508 orang, 344 orang daripada kaum Cina, 76 daripada kaum-kaum lain manakala 154 pula tahanan warga asing.

Dilaporkan juga daripada jumlah keseluruhan tahanan yang sedang ditahan di tempat tahanan perlindungan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu 68 orang, 24 orang terdiri dari kaum Melayu, tujuh India, empat Cina dan 33 tahanan warga asing.

Nota: Bangsa Melayu makin banyak masuk penjara. Tak pasal ahlak mesti pasal dadah. Disamping itu, banyaknya warga asing!

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive