Tuesday, August 26, 2008

Putra Nilai Tiada NGO untuk Melayu/Bumiputra?

Saya menetap di Putra Nilai, Negeri Sembilan. Dahulunya Bandar Baru Nilai sebelum ditukar nama ke Putra Nilai. Di sini, kawasan Nilai, ada dua kawasan. Pertama, Nilai iaitu pekan lama dan Putra Nilai, sebuah kawasan pembangunan baru.

Di Putra Nilai ada dua buah kolej universiti antarabangsa dan satu kolej universiti tempatan. INTI International University College and Nilai International University College. Sebuah lagi Kolej Universiti Sains Islam. Sememangnya bunyi tempat Putra Nilai ini berprestij. Tak lupa juga di kawasan Nilai ini ada Kawasan Borong Nilai 3 dan Pusat Borong Nilai Square.

Memang bunyinya berprestij. Tetapi yang peliknya, tiada kelihatan persatuan-persatuan atau apa-apa pertubuhan untuk kaum melayu dan bumiputra di Putra Nilai. Saya tahu kawasan Nilai memang kuat persatuan cina. DAP menang kat parlimen Nilai pada GE12. Yang jadi tandatanya, di kawasan pembangunan baru Putra Nilai nih takkan tiada NGO melayu/bumiputra. Pelik.

Jangan kata NGO, UMNO pun tak nampak ada cawangan. Perumahan tumbuh macam cendawan kat Putra Nilai. Dah padat juga penduduk. Zon pendidikan antarabangsa pula. Ada sesiapa tahu mana-mana NGO melayu/bumiputra selain PEKEDA yang beroperasi di Putra Nilai? UMNO ada ke cawangan di Putra Nilai?

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive