1.Sumpah-menyumpah
Selepas Saiful membuat 'Sumpah Laknat' di masjid disaksikan para ulama, sekarang ini giliran Dato' Seri Najib pula. Dat0' Seri Najib bersumpah secara Islam di Masjid Jamek Guar Perahu bahawa beliau tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada 2006.
Walaupun ia bukan sumpah rasmi yang dibuat atas al-Quran. Beliau bersumpah “Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu".
Dato' Seri Anwar Ibrahim bila pula?
2.SMS Derhaka
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang tidak suka ke sekolah, bergaul dengan rakan sebaya liar dan gemar minum arak tergamak menghantar ‘SMS derhaka’ mencerca ibu bapanya dengan kata-kata kesat.
Na'uzubillah...
Derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar yang perlu ditebus dengan bertaubat kepada Allah dan meminta maaf atas perlakuan menyakiti hati dan perasaan mereka. Ketahuilah bahawa anak yang derhaka kepada ibu bapa tidak akan mencium bau syurga selagi tidak bertaubat!
Dalam kes ini, remaja terbabit sudah tentu berniat menghantar SMS memaki-hamun ibu bapanya justeru tindakan itu nyata tergolong dalam ruang lingkup melakukan dosa kepada ibu bapa.
3.Tambang Bas
Menjelang perayaan Aidilfitri, dikatakan tambang bas akan naik mendadak! Jesteru itu, dikatakan pihak kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha bas seluruh negara jikalau mereka menaikkan tambang tanpa kebenaran kerajaan.
Pengusaha-pengusaha Bas pula bertindak mengugut kerajaan. Pengusaha bas mengugut untuk tidak menyediakan bas tambahan sebelum Aidilfitri nanti. Kerajaan akan membuat keputusan minggu depan selepas mengkaji dengan teliti permintaan syarikat-syarikat pengusaha bas dan impaknya kepada orang ramai.
Walau apa pun keputusan yang bakal diambil, orang ramai berpendapatan rendah yang akan terhimpit dengan kos pengangkutan yang tinggi nanti.
4.Harga Minyak di Pam
Semalam harga minyak dunia naik semula AS5 di pasaran dunia. Ia masih kekal rendah ketika ini walaupun meningkat harga pasarannya.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Menteri Kewangan ke2) memaklumkan bahawa kerajaan akan menunggu sampai hujung bulan ini dan jika harga naik lagi dan lepas itu kerajaan akan buat purata. Ertinya kita tidak akan dapat membuat potongan yang terbaik jika terburu-buru membuat keputusan. Menurutnya lagi, jika harga minyak dunia meningkat kembali selepas ini, kerajaan tetapkan harga minyak tidak akan melebihi RM2.70 seliter sepanjang tahun ini.
Harga pasaran minyak dunia sedang naik-turun mengikut keadaan semasa yang dipengaruhi oleh konflik peperangan yang sedang atau bakal berlaku. Sebarang kekacauan pada urusan logistik minyak juga akan mempengaruhi harga pasaran minyak mentah.
Memang ramai mengetahui tentang perkara ini tetapi jangan cakap nak turun dan kemudian kata nak kaji dulu. Ramai dah penat!
5.Akedemi Nasyid
Rancangan realiti ini sudah pun hampir ke penghujung rancangan. Mari kita semua memberi sokongan pada mereka. Kalau kita semua boleh menyokong Akedemi Fantasia, kita juga boleh menyokong Akedemi nasyid.
Antara finalis, peserta solo ialah Mohamad Aiman Mohd Sidek (Aiman), Eda Fazillah dan Azhan Atan. Manakala, peserta berkumpulan yang mara ke peringkat akhir ialah D'Vision yang dianggotai Azizul Masdin, Mohd Hafizie Saharudin, Alif Azhari Ismail dan Abdul Rahim Bulkaini. Dan kumpulan Muslim Voice yang dianggotai Mohd Zulhilmi Mohd Safian, Ashraful Amin Mohd Ghazali, Mohammad Faisal Firdaus Manaf, Mohd Hafizuddin Abdul Latif dan Mohd Arif Abdul Manaf.
Saturday, August 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Greetings & Selamat datang
Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
About Me
Blog Archive
-
▼
2008
(108)
-
▼
August
(68)
- Criminalize War and World Peace
- Dr. Mahathir: Jews Rules by Proxy
- War and Peace. American Style.
- Jurang Sosioekonomi Bumiputera
- Aneh... Tiada ugutan?
- Soseh-Soseh
- Bajet 2009 part 1 (Ringkasan)
- Kerajaan Pintu Belakang
- Malaysian Malaysia masa depan Melayu?
- Hari Merdeka 2008
- Soseh-Soseh
- Illegal Settlements Continues
- Anwar's Walk-out of Parliment
- Cold War, Revisited.
- The 'West'
- Teori Konspirasi
- Sinopsis: Kekalahan UMNO di Permatang Pauh
- Taniah Dato' Seri Anwar
- Lobby Israel (Ringkasan)
- US Imperialism: Empire Of Consumption (Summary)
- Bangsa Melayu paling ramai dalam penjara
- Siapa Abdurrahman Wahid nak ajar Malaysia?
- Putra Nilai Tiada NGO untuk Melayu/Bumiputra?
- Soseh-Soseh
- International Media Bias
- Sabah: Foreign Interference or Intervention?
- Anwar and Foreign NGOs
- Puck Shots at Permatang Pauh
- Puck Shots
- Konflik Global
- Teknologi Solar dan Elektrik untuk Sabah
- Puck Shots
- Soseh-Soseh
- The By-Election. Realities.
- Excessive Freedom
- Malay Unity
- Rundingan FTA Malaysia-Amerika
- Bangsa Melayu: Tenat.
- Menjelang Hari Merdeka 2008
- Soseh-Soseh
- Bapa-Bapa Malaysia
- Kapal Peronda Generasi Baru (NGPV) untuk TLDM
- Apa nak jadi dengan UMNO ni?
- Remembering Rwanda's Madness.
- Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
- Pingat Perak untuk Malaysia
- Ungkapan "Malay Supremacy & Malay Lordship"
- Bosnia: Coincidental similarities?
- Kuasa 'The Lobby' di Amerika. Di Malaysia?
- Tan Sri Hassan Merican dan Petronas
- Soseh-Soseh ( Di Warung Kopi)
- Susulan Kempen Selamatkan Universiti Teknologi MAR...
- Tun Dr. Mahathir Mohamad: A Tribute part 2
- Synopsis: The Jews Rule the World by Proxy: Tun Dr...
- Palestine: Land Divided. Fatah & Hamas Standoff
- Pak Lah oh Pak Lah
- UMNO
- Tun Dr. Mahathir Mohamad: A Tribute part 1
- Kempen Mempertahankan University Teknologi Mara
- Soseh-Soseh
- Malaysia
- The Russian-Georgian War
- Georgia - Perang di Caucasus
- The Bar Council - 4th Arm Of The Government
- Puck Shots
- Going down history lane
- MAS and the trap!
- Hard times ahead
-
▼
August
(68)

No comments:
Post a Comment