Saturday, August 23, 2008

Rundingan FTA Malaysia-Amerika

Rundingan diantara Malaysia dan Amerika Syarikat (FTA) yang sedang rancak dan seakan dilupakan. Malah rundingan ini tidak dilaporkan oleh media masa dan elektronik.

Bagi sesiapa yang sudah mengetahui tentang WTO, FTA's dan Liberasi perdagangan, seseorang tidak perlu ada Ijazah Kedoktoran untuk mengatakan ia akan membawa keburukan daripada kebaikan untuk sesebuah negara kecil seperti Malaysia. Perjanjian ini semua sebenarnya berat sebelah dan merugikan negara-negara kecil.

Kita boleh lihat pada negara Mexico dan Chile. Dua buah negara membangun di mana GDP perkapita adalah lebih tinggi dari Malaysia. Apa yang USFTA's buat untuk dua buah negara ini? Sebenarnya tiada apa yang boleh dibanggakan. Ia hanya menambah kos dan sengsara sahaja. Ada agenda geopolitik Amerika disebalik setiap perjanjian USFTA's.

Perjanjian USFTA's sebenarnya adalah hanya 'Perjanjian Taat Setia pada Amerika' bukannya 'Perjanjian Perdagangan Bebas' seperti di war-warkan. Kesatuan Eropah juga melalui Economic Partneship Agreements (EPA) sebenarnya sama konsep dengan USFTA. Ia hanya ditukar nama. EPA sedang ditekankan pada negara-negara miskin di Afrika, Carribean dan Timur Tengah.

Pemimpin Malaysia terdahulu telah menolak USFTA dan EPA demi menjaga kepentingan negara dan rakyatnya. Kita telah mengamalkan 'Liberasi Perdagangan Terkawal' yang telah berjaya menjana pertumbuhan ekonomi dan kepentingan negara dan rakyatnya terjamin. Tetapi, di waktu ini, rundingan FTA antara Malaysia dan Amerika tidak dinyatakan. Kerajaan seolah-olah dengan sengaja mendiamkan diri dan tidak memberi infomasi tentang perjanjian ini yang sangat penting.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive