Thursday, August 21, 2008

Soseh-Soseh

1.Teknologi Biodiesel Malaysia
Memandangkan kos bahan api yang sangat tinggi, Tentera Diraja Malaysia (TDM) telah menawarkan diri supaya menjadi 'pioneer' dalam penggunaan teknologi Biodiesel. Adalah dikatakan bahawa teknologi biodiesel ini sudah pun beroperasi. Biodiesel buatan Malaysia menggunakan 95% diesel dan 5% diesel sawit. Teknologi Biodiesel ini masih baru dan fasa pertama sudah berjaya. Usaha untuk mengurangkan bahan fossil dan meninggikan bahan minyak sawit masih dalam proses kaji selidik.

Satu pencapaian membanggakan dan semoga usaha para-para saintis kita meningkatkan mutu teknologi ini berjaya.

2.Projek Taming Sari
Ini merupakan satu 'projectile' menggunakan teknologi laser yang sedang dihasilkan sendiri oleh Malaysia. Tiada maklumat mengenainya. Direka cipta untuk pertahanan negara.

Bagaimana rupanya? Kebolehan?

3.EXCO PKR Perak ditahan BPR
Dua ahli Exco Perak dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri daripada PKR ditahan BPR bagi membantu siasatan kes rasuah seks dan sogokan lebih RM123,400. Mereka dipercayai meminta suapan dalam bentuk wang ringgit dan ada juga meminta rasuah seks untuk mempercepatkan kelulusan projek perumahan.

Sama saja semua ahli politik. Banyak dalam PKR sebenarnya hanya "Opportunist". Hanya segelintir sahaja yang berjuang demi "Keadilan". Yang segelintir seperi Dr. Chandra Muzzafar yang bersih dan berjuang untuk keadilan dan yang segelintir inilah yang dah keluar PKR. Banyak yang tinggal kebanyakannya dari golongan "opportunist".

4.Dari Permatang Pauh Ke Putrajaya
Pakatan Rakyat begitu ghairah dengan impian mereka untuk 'menawan' Putrajaya. Bagi mereka Anwar bakal Perdana Menteri. Percaturan mereka mudah, bermula dengan kemenangan Anwar dan diikuti 31 Ahli Parlimen BN akan melompat menyertai gabungan itu.

Ahli-ahli politik kita ni semua KATAK ke? Disogok dengan wang dan jawatan aje terus lompat? Takder maruah ke? Kalau ya pun En.Anwar nak menang, buat secara 'gentleman'. Menang pilihanraya. Baru boleh kata mendapat mandat dari rakyat. Ini mandat apa ni? Ni semacam nak masuk Putrajaya secara ikut 'pintu belakang'. Takut ke En.Anwar nak berdepan pilihanraya?

Ahli politik semua, jangan pula 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran' dan juga jangan pula pabila 'dengar guruh di langit, air dalam tempayang dicurahkan'. Fikir-fikir lah...

5.Harga Minyak Turun?
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata bahawa sempena menyambut kemerdekaan ke 51 ini, harga minyak akan diturunkan.

Harga minyak dunia sudah turun ke AS113 setong. Harga tertinggi adalah AS147 beberapa bulan lepas.

Berita baik atau sekadar gimik? Kami semua dah penat!

6.Kempen Jalur Gemilang Terbalik?
Ura-ura beberapa kumpulan tertentu yang merancang menjalankan kempen berkenaan sebagai tanda protes terhadap dakwaan kelemahan kerajaan Barisan Nasional (BN) menangani kemelut politik dan kegawatan ekonomi.

Penganjur kempen mengibar Jalur Gemilang secara terbalik sempena sambutan Hari Merdeka Ke-51 disifatkan sebagai biadab dan kurang ajar. Perbuatan ini sebenarnya menghina negara. Apa yang mereka marah sangat dengan bendera Malaysia?

Kalau ya pun marah pada Pak Lah dan BN, kenapa bendera lambang negara pula dijadikan mangsa? Ini perbuatan kurang ajar!

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive