Tuesday, August 26, 2008

Siapa Abdurrahman Wahid nak ajar Malaysia?

Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau dikenali sebagai Gus Dur, bukan sahaja memecah tradisi negara-negara anggota ASEAN dengan masuk campur dalam perihal politik sesebuah negara anggota malah mahu mengajar bagaimana hendak mentadbir pula.

Dalam kesibukan beliau membantu kempen Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, beliau telah membuat kenyataan yang ditafsir sebagai ingin mengajar rakyat Malaysia dan juga ahli-ahli politik Malaysia bagaimana hendak mentadbir negara dan berpolitik bersih.

Gus Dur merupakan seorang yang pernah menikmati sokongan politik pelbagai pihak di Indonesia tetapi kemudiannya ditentang oleh pakatan ahli politik Indonesia sehingga menyebabkan beliau berundur dalam keadaan yang memalukan. Beliau menjadi Presiden Indonesia hanya selama 18 bulan dan selama tempoh itu beliau menimbulkan huru-hara di Indonesia. Banyak kejadian bantahan politik secara ganas dilaporkan berlaku dan juga ketegangan kaum dan agama serta kebangkitan puak pemisah di beberapa wilayah.

Di Indonesia, Gus Dur dikenali sebagai KKN (Krupsi, Kolusi dan Nepotisme). Beliau telah melepaskan jawatan pada 2001, dengan maruahnya tercemar dek amalan KNN. Ramai yang menganggap beliau sebagai pemimpin yang gagal memenuhi mandat rakyat untuk melakukan pembaharuan dan yang gagal menentukan bahawa undang-undang harus dihormati dan yang gagal mengekalkan perpaduan negara.

Di sini, Malaysia, beliau berkempen untuk Anwar Ibrahim dan telah membuat kenyataan mempersoalkan kewajaran Akta Keselamatan Dalam Negeri dan berkata sistem perundangan di Malaysia tidak demokratik. Reputasinya di negaranya sendiri Indonesia tercemar, disini beliau nak mempersoal dan mengajar Malaysia pula.

Pak Gus Dur, cermin diri sendiri dahulu sebelum nak mengajar orang lain pula. Umum di Malaysia kenal siapa Gus Dur. Reputasinya dikenali. Dan satu lagi, jangan masuk campur urusan pentadbiran atau politik negara orang. ASEAN mengamalkan sistem tidak mencampuri urusan perihal domestik negara-negara anggota. Sila hormat.

No comments:

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive