Teknologi Solar (CSP)
Solar One, sebuah projek janakuasa elektrik bertapak di Nevada, Amerika. Di situ dapat dilihat banyak cermin besar yang menghadap matahari. Projek “concentrating solar power” atau CSP telah mengambil masa 17 tahun untuk dibina.
Kaedah ini sebenarnya sudah lama wujud dan teknologi ini sudah berdekad digunakan. Tetapi ia tidak mendapat tempat di era 'nuklear' masa kini. Dengan harga kos bahan api meningkat, teknologi ini seperti mendapat nafas baru dan hidup kembali.
Disusun dengan rapi merentasi padang pasir seluas 300 ekar, dibawah cahaya terik matahari, cermin-cermin parabolik Solar One adalah komponen utama projek CSP ini yang juga dinenali sebagai Stesen Janakuasa Thermal Solar. Stesen ini mampu menjana kuasa sebanyak 64 megawatts kepada bandaraya Las Vegas.
Teknologi seumpama ini juga telah digunakan oleh Kesatuan Eropah dimana mereka telah membina stesen janakuasa solar di negara Algeria. Dari Algeria, tenaga dihantar balik ke benua Eropah melalui sistem kabel bawah tanah.
Adakah teknologi ini sesuai digunakan di Malaysia?
Elektrik untuk Sabah
Telah umum tahu bahawa kemelut melibatkan sumber kuasa elektrik masa hadapan untuk Sabah masih belum selesai. Sebelum ini, sebuah cadangan untuk membina stesen janakuasa elektrik menggunakan arang batu telah ditolak oleh rakyat Sabah. Ini disebabkan arang batu meracuni alam sekitar.
Bukan satu yang mengejutkan. Ini adalah kerana rakyat Sabah sebenarnya cukup berjiwa 'Environmentalist' dan ingin mengekalkan keindahan alam sekitar bumi Sabah. Ini adalah juga antara sebab Sabah lewat membangun berbanding kita di semenanjung. Di Sabah, pembangunan harus didahului dengan perancangan rapi dan mengambil kira faktor alam sekitar dan tidak mengganggu cara hidup rakyat tempatan. Semuanya harus seimbang. Ini seharusnya dipuji.
Tuntutan Sabah untuk mendapatkan bekalan gas untuk menjana kuasa letrik masa depan untuk Sabah ada asasnya. Sabah merupakan sebuah negeri pengeluar gas asli. Umum ketahui bahawa Sabah mempunyai simpanan hampir 2 trillion kubik m2 gas asli di buminya. Mengapa gas yang dihasilkan di bumi Sabah tidak dapat digunakan? Mengapa kena gunakan arang batu? Ini adalah persoalannya. Sememangnya rakyat Sabah tidak berpuas hati akan perkara ini.
Rakyat Sabah juga bertanyakan, mengapa Petronas dapat mengalih gas dan minyak dari Bumi Sabah ke Bintulu dimana ianya 500km jauh dan tidak ke Sandakan dimana projek stesen janakuasa baru dicadangkan dibina yang hanya separuh jaraknya?.
Rakyat Sabah juga bertanya, jika kuasa elektrik dapat disalurkan ke Johor dan Kuala Lumpur dari empangan Bakun di Sarawak, yang jauhnya lebih seribu kilometer, kenapa kuasa letrik tidak boleh disalurkan ke Sandakan melalui Kota Kinabalu?.
Logik soalan-soalan dari rakyat Sabah ini.
Walaubagaimanapun, hanya Petronas dan kerajaan sahaja yang boleh menjawabnya. Tuntutan Sabah mengenai perkara ini adalah logik. Mereka berhak atas hasil bumi mereka sendiri.
Saturday, August 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Greetings & Selamat datang
Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.
About Me
Blog Archive
-
▼
2008
(108)
-
▼
August
(68)
- Criminalize War and World Peace
- Dr. Mahathir: Jews Rules by Proxy
- War and Peace. American Style.
- Jurang Sosioekonomi Bumiputera
- Aneh... Tiada ugutan?
- Soseh-Soseh
- Bajet 2009 part 1 (Ringkasan)
- Kerajaan Pintu Belakang
- Malaysian Malaysia masa depan Melayu?
- Hari Merdeka 2008
- Soseh-Soseh
- Illegal Settlements Continues
- Anwar's Walk-out of Parliment
- Cold War, Revisited.
- The 'West'
- Teori Konspirasi
- Sinopsis: Kekalahan UMNO di Permatang Pauh
- Taniah Dato' Seri Anwar
- Lobby Israel (Ringkasan)
- US Imperialism: Empire Of Consumption (Summary)
- Bangsa Melayu paling ramai dalam penjara
- Siapa Abdurrahman Wahid nak ajar Malaysia?
- Putra Nilai Tiada NGO untuk Melayu/Bumiputra?
- Soseh-Soseh
- International Media Bias
- Sabah: Foreign Interference or Intervention?
- Anwar and Foreign NGOs
- Puck Shots at Permatang Pauh
- Puck Shots
- Konflik Global
- Teknologi Solar dan Elektrik untuk Sabah
- Puck Shots
- Soseh-Soseh
- The By-Election. Realities.
- Excessive Freedom
- Malay Unity
- Rundingan FTA Malaysia-Amerika
- Bangsa Melayu: Tenat.
- Menjelang Hari Merdeka 2008
- Soseh-Soseh
- Bapa-Bapa Malaysia
- Kapal Peronda Generasi Baru (NGPV) untuk TLDM
- Apa nak jadi dengan UMNO ni?
- Remembering Rwanda's Madness.
- Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
- Pingat Perak untuk Malaysia
- Ungkapan "Malay Supremacy & Malay Lordship"
- Bosnia: Coincidental similarities?
- Kuasa 'The Lobby' di Amerika. Di Malaysia?
- Tan Sri Hassan Merican dan Petronas
- Soseh-Soseh ( Di Warung Kopi)
- Susulan Kempen Selamatkan Universiti Teknologi MAR...
- Tun Dr. Mahathir Mohamad: A Tribute part 2
- Synopsis: The Jews Rule the World by Proxy: Tun Dr...
- Palestine: Land Divided. Fatah & Hamas Standoff
- Pak Lah oh Pak Lah
- UMNO
- Tun Dr. Mahathir Mohamad: A Tribute part 1
- Kempen Mempertahankan University Teknologi Mara
- Soseh-Soseh
- Malaysia
- The Russian-Georgian War
- Georgia - Perang di Caucasus
- The Bar Council - 4th Arm Of The Government
- Puck Shots
- Going down history lane
- MAS and the trap!
- Hard times ahead
-
▼
August
(68)
No comments:
Post a Comment