
UMNO: United Malay National Organization atau dahulunya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).
Ditubuhkan pada tahun 1946 untuk menyatukan bangsa melayu menentang Malayan Union yang dicipta oleh British. Diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar, seorang patriot, UMNO dicipta sebagai benteng dan landasan untuk mempertahankan hak orang melayu sebagai penduduk asal tanah melayu.
Restorasi kesultanan melayu dan mengekalkan kuasa politik melayu adalah merupakan asas parti UMNO ditubuhkan. Dibawah kepimpinan Dato' Onn, UMNO bersama raja-raja melayu menentang Malayan Union British. Dengan berkat doa dan semangat jati diri pemimpin-pemimpin UMNO bersama raja-raja, Malayan Union ditewaskan.
Dengan tewasnya Malayan Union British, Persekutuan Tanah Melayu telah menggantikan Malayan Union. Kuasa Raja-Raja melayu telah dikembalikan dan sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan telah dipilih. Ini adalah sumbangan terbesar Dato' Onn Jaafar bersama pemimpin-pemimpin UMNO yang lain terhadap bangsa melayu.
Tunku Abdul Rahman Putra, pemimpin UMNO kemudiannya, memimpin orang-orang melayu untuk menuntut kemerdekaan dari British. Ini tercapai pada 31 Ogos 1957. Jesturu itu, Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Perdana Menteri yang pertama.
Sumbangan UMNO untuk orang melayu tidak mudah dilupakan atau dikikis. Perjuangan UMNO melalui presiden-presidennya, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah berjaya membawa orang-orang melayu kearah kemajuan dan kegemilangan.
Setelah hampir 400 tahun tanah melayu dijajah, orang-orang melayu dijajah dan diperhambakan, ia adalah satu misi yang amat sukar bagi UMNO untuk melakukan kemajuan bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi pembinaan semula tamadun melayu. Namun berkat kesungguhan dan semangat patriotik, pemimpin-pemimpin UMNO telah berjaya. Apa yang kita ada sekarang adalah merupakan hasil dari kesungguhan ini. UMNO amat berjasa.
Tetapi ini bukan kes-nya hari ini. Kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO kini hanya mementingkan diri sendiri dan telah hilang semangat perjuangan. Ahli-ahli UMNO dilihat sudah kehilangan arah tuju dan banyak telah lupa akan asas perjuangan UMNO. Sikap tidak ambil peduli, sikap takut untuk bersuara dan menuntut keadilan demi menjaga poket sendiri, sikap niat yang baik menghalalkan cara, sikap 'Apa yang saya dapat' yang menular bagaikan virus pembunuh, semakin hari semakin menebal dalam UMNO kini.
UMNO diambang kehancuran. Parti keramat dan pusaka orang-orang melayu ini sedang menuju kearah kehancuran. Sekiranya ahli-ahli akar umbi tidak mengambil langkah untuk menyelamatkan UMNO maka tidak lama lagi UMNO akan jatuh tersungkur pada pilihanraya umum ke-13.
UMNO harus mengadakan proses 'restorasi' dan 'reformasi' didalamnya. Ahli-ahli UMNO harus mengorak langkah untuk menyelamatkan parti pusaka orang-orang melayu ini. Kepimpinan UMNO hari ini amat lemah. UMNO sekarang dilihat bagai tidak berupaya mempertahankan hak-hak melayu. Semakin hari semakin hak-hak melayu dicabar.
Semoga ahli-ahli UMNO sedar dan mengambil langkah drastik menyelamatkan UMNO dan mengembalikan kegemilangan UMNO.
Nota: Saya bukan ahli UMNO, tetapi saya adalah penyokong Barisan Nasional. Di waktu ini, saya dalam keadaan berkabung dan mengasingkan diri dari BN.

No comments:
Post a Comment