Saturday, August 16, 2008

Soseh-Soseh


1.Taniah Lee Chong Wei
Ucapan taniah pada pemain perseorangan no.2 dunia Lee Chong Wei kerana mara ke peringkat akhir acara perseorangan badminton di sukan Olimpik di Beijing. Lebih menayat hati ialah dilihat beliau mencium lambang bendera Malaysia yang terlekat di baju-nya berkali-kali selepas menang. Semangat Malaysia boleh menular dalam dirinya. Sekali lagi syabas! Satu pingat sudah didalam genggaman negara. Sama-ada emas atau perak, satu pencapaian cemerlang sudah tercipta.

2. UiTM
Sedih bila kita dapat tahu dimana satu instituisi milik Melayu/Bumiputra seperti hendak dijual pada bangsa bukan melayu/bumiputra. Lebih menyedihkan apabila yang hendak menjual itu adalah bangsa melayu sendiri.

Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, seorang berbangsa melayu, telah mengkhianat bangsa sendiri. Beliau mencadangkan UiTM di buka kepada bukan melayu/bumiputra sebanyak 10%. Kenyataan tidak bertanggungjawab ini cukup menyakitkan hati. Saya sebagai orang melayu terasa terhina dengan tidakan beliau ini.

UiTM, sebuah instituisi ditubuhkan khusus untuk orang berbangsa melayu/bumiputra. Ditubuhkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), UiTM adalah untuk membantu orang melayu dan bumiputra untuk meningkatkan pelajaran mereka di dalam bidang-bidang yang sebelum ini tidak dapat di-akses oleh orang melayu dan bumiputra.

UiTM adalah merupakan lambang kejayaan Melayu/Bumiputra. Kita harus pertahankannya. Kenyataan populis Tan Sri Khalid yang dilihat sebagai tindakan hanya untuk memperoleh dan memancing undi bukan melayu/bumiputra cukup tidak bertanggungjawab. Kenyataan beliau merupakan satu pengkhianatan kepada bangsa melayu.


3. Majlis Ekonomi
Baru-baru ini, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Badawi telah bersetuju untuk membentuk majlis ekonomi bagi menangani masalah ekonomi yang melanda negara kita. Tindakan ini sepatutnya di ambil lebih awal lagi. Ekonomi negara kita sekarang amat tenat. Kebanyakan kenyataan-kenyataan dari para menteri kerajaan adalah lebih bersifat 'superficial'.

Bukan sahaja ekonomi negara tenat malah kewangan negara juga terancam. Pernahkah anda semua dengar akan 'wang digital'? Tan Sri Zetty, garvenor bank negara, banyak mengeluarkan kenyataan berkenaan keadaan kewangan negara. Beliau menyatakan bahawa kadar inflasi adalah pada tahap 7.7%. Beliau tidak pula menyatakan berapa banyak 'wang digital' yang ada dalam bank negara. Dengar kata, ada lebih RM128 billion matawang dollar U.S berbentuk 'wang digital' di dalam simpanan bank negara. Perlu semua ketahui, 'wang digital' adalah seperti maksudnya, hanya 'wang digital'. Ia tidak wujud.

Bank negara harus melepaskan 'wang digital' ini. Ekonomi dan kewangan negara tersangat bergantung pada perkara ini. Ia akan membahayakan negara kita.

4. Tan Sri Hassan Merican
Satu berita yang agak mengejutkan tetapi sudah dijangka. Dengan perletakan jawatan beliau, Petronas kehilangan satu CEO yang amat berjasa. Negara juga kehilangan seorang patriot yang telah menjaga kepentingan rakyat. Di bawah pimpinannya, berbillion ringgit telah dihasilkan untuk dimanfaatkan. Pembangunan negara banyaknya datang dari hasil Petronas.

Tan Sri Hassan telah berjaya membawa Petronas ke pesada dunia dan kini beroperasi di lebih 20 buah negara. Petronas disenaraikan dalam 'Fortune 500 companies'

Dengan ini, usaha Khairy Jamaludin, petualang bangsa, telah berjaya.

2 comments:

Sayuti said...

#4: tan sri hassan resign sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah petronas gas bhd saja, bukan dari petronas holding company (petroliam nasional bhd). dia masih chairman, president and ceo petronas. vice president (gas business) petronas, encik wan zul ganti tempat dia sebagain pengerusi petronas gas bhd.

khairy tak berjaya lagi.

slowly, tan sri hassan sedang handover petronas kepada bakal pengganti beliau yang telah 'dibesarkan' dalam petronas.

btw, petronas beroperasi di lebih 33 buah negara.

Paizmy said...

Maaf, info saya dapati salah.

Alhamdulillah jikalau betul kuasa diserah pada warga Petronas sendiri. Asal jangan si kuncu-kuncu khairy sudah.

Tetapi, saya percaya khairy akan terus mencuba sepertimana yang dia lakukan pada Khazanah, Capital Avenue dan Proton.

33? thks for the info dan tima kasih kerana menjenguk blog saya.

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive