Monday, August 25, 2008

Soseh-Soseh

1. Exco PKR Didakwa di Makamah
Dua Anggota Exco Kerajaan Negeri Perak dihadapkan di Mahkamah Seksyen berasingan bersama tiga lelaki lain kerana dituduh terlibat dalam rasuah berhubung projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

Sama sahaja semua ahli politik. Tuduh BN rasuah berleluasa walhal parti sendiri pun sama jugak. Jangan lupa pulak beberapa bulan lepas dimana syarikat-syarikat di suruh 'menyumbang' di Selangor. Masuk akaun parti PKR pulak selepas tu.

2. Tunku Abdul Aziz Sertai DAP
Bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International Tunku Abdul Aziz Ibrahim telah menyertai DAP. Sejurus selepas itu beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi parti DAP.

Ini apa cerita? Pengkhianat bangsa? Petualang? Barua?. DAP terus ambik kesempatan dengan melantik beliau menjadi Naib Pengerusi. Sah ia akan dugunakan sebagai isu untuk Malayians Malaysia. Tipu muslihat DAP terserlah!

3. Tan Sri Zeti Tidak Letak Jawatan
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan ura-ura bahawa beliau akan meletak jawatan.

Dah letak jawatan di Khazanah Nasional, takkan taknak letak jawatan di BNM? Ramai tahu yang Tan Sri Zeti tak sehaluan dengan Pak Lah dan Khairy. Umum tahu Tan Sri Zeti dipaksa. Tan Sri Zeti, sudah lepaskan 'wang digital' dolar Amerika bernilai AS128 billion di BNM ke belum?

4. Mufti Sangkal Dakwaan Imam Masjid Wilayah Persekutuan Sumpah Saiful Tidak Sah.
Kenyataan Imam Masjid Wilayah Pesekutuan, Ramlang Porigi yang mendakwa sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lepas tidak sah, tidak boleh diterima pakai, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Pulak dah. Sesama ulama tak sehaluan pulak. Unsur politik?

5. Ulama Diminta Beri Nasihat Perbuatan Memfitnah Dalam Blog.
Golongan ulama diminta supaya tampil memberi nasihat mengenai perbuatan caci-mencaci dan memfitnah melalui blog yang semakin berleluasa.

Bloggers jugak yang salah. Bloggers jugak yang jahat. Tetapi ada jugak betulnya. Banyak caci-mencaci dan fitnah-memfitnah pun. Emosi sungguh kekadang sesetengah manusia. Like the saying... It's WAR!. Well... Cyber War!

6. PKR Pulau Pinang - Lebih 60 Anggota Keluar Parti
Timbalan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Shamsul Zaman dan Ketua Penerangan pergerakan negeri Efendy Yusuf bersama lebih 60 anggota pergerakan itu isytihar keluar parti, hari ini. Seramai 61 anggota PKR Seberang Jaya berikrar menyokong calon BN pada hari pengundian pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh esok.

Sudah berubah keadaan nampaknya di Permatang Pauh. *Grins*

1 comment:

Anonymous said...

PKR - cakap tak serupa bikin

Greetings & Selamat datang

Welcome to my blog. This site is dedicated to publish my thoughts and opinion. I beleive in freedom of choice. Anonymous postings and those containing profanities, obscenities and offensive insults will be deleted. Your cooperation and understanding is much appreciated.

Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah khusus untuk menyiarkan buah fikir dan pendapat saya. Saya percaya atas kebebasan untuk memilih. Komentar yang mengandungi kelucahan dan penghinaan akan dipadam. Kerjasama dan kefahaman anda adalah dihargai.


About Me

My photo
Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Here I Am And I Am Me.

Blog Archive